Amanah anjur Pakatan berlembut dengan Bersatu, PAS
AMANAH menganjurkan Pakatan Harapan (PH) agar lebih berlembut sewaktu DAP berkeras untuk tidak menerima Bersatu dan PAS dalam kerjasama baharu digelar khemah besar.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dilaporkan menyarakankan demikian dengan meminta pemimpin PH melupakan perkara lalu agar rundingan dapat dibuat dengan Bersatu dan PAS.
Laporan Berita Harian menyebut, beliau yang juga naib presiden PH menggesa demikian bagi membina kesepakatan pembangkang dan meyakinkan pengundi bagi menghadapi BN.
“Kalau kita berjaya satukan pembangkang dengan satu persefahaman, ini akan menyebabkan kita akan mampu menang pada PRU15 nanti. Kalau kita tak capai kesepakatan kita akan hancur berkecai.
“Jadi saya harap kita dapat buat sesuatu dan Amanah sendiri sentiasa akan ambil sikap proaktif dan progresif untuk melakar satu politik baharu yang kita akan lakukan secepat mungkin sebelum PRU15.
“Kalau kita dapat adakan satu persefahaman untuk memaafkan dan melupakan, tidak lagi mengungkit masa lalu untuk kita melakari masa depan. Ini yang penting ketika ini untuk kita jadikan realiti,” katanya.
Beliau menggesa perbincangan dengan Bersatu dan PAS itu dijalankan lebih awal untuk membuka pintu kerjasama dan menjelaskan ia sebahagian usaha menghimpun semua pembangkang.
Katanya, semua parti pembangkang bersetuju dengan konsep khemah besar itu melalui resolusi dicapai antara PKR, Amanah, DAP dan Upko pada April tahun lalu.
“Oleh itu, jangan sesekali pembangkang putus asa dan berhenti di tengah jalan tanpa mencuba bersungguh-sungguh merealisasikannya,” katanya.
Pengerusi baharu DAP Lim Guan Eng pada minggu lalu menegaskan parti itu menutup pintu kerjasama ke atas Bersatu dan PAS.
Beliau tidak mempercayai kepemimpinan kedua-dua parti tersebut yang dianggapnya bertindak “tikam belakang” dan berdolak-dalik.
Tindakan Bersatu pada Februari 2020 yang menarik sokongan sekumpulan ahli Parlimen PKR dan Bebas menggulingkan pentadbiran PH yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad.
Ia membolehkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilantik menjadi perdana menteri kelapan, yang seterusnya digulingkan apabila Umno menarik sokongan ke atasnya.
Muhyiddin kini berusaha menarik sokongan parti pembangkang untuk menjalinkan kerjasama bagi menghadapi PRU15, termasuk Pejuang yang dipimpin Dr Mahathir. – Bernama, 21 April, 2022.
Asas mana mana persefahaman, perikatan gabungan perlu ada objektif jelas tuntas, kalau sekadar jatuhkan BN, PH berjaya tetapi apa berlaku kemudian, tidak steady, goyah rapuh ekoran semua nak jadi Bossku, tikam belakang apabila musuh masuk khemah, mana nak tahu mana musuh, mana sahabat mana akan tikam belakang nanti? Lompat sini lompat sana, adakah salah rakyat sekarang kerana tidak lagi percaya PH ? Rakyat sudah beri peluang tetapi hanya 2 tahun, rakyat berkorban menderma hilang bantuan tetapi rakyat di tikam di sula belakang sampai kepala, salah kah rakyat ,? Semua rakyat nak satu saja, pemimpin berintegriti maruah jaga ekonomi kebajikan segala rakyat, dapat ? Setakat ini tidak nampak satu pun pemimpin begitu wahai TT budiman ???? Sorry lah khemah besar khemah kecil semua susah nak percaya dah, baik undi penyamun yang dikenali, yang sudah tahu akan merompak rakyat dari angel yang main belakang rakyat kah kah kah sebab rakyat dah muak jijik, kerana ITU walau semua tahu Bossku penyamun tetapi Masih dapat sokongan amin
BalasPadamKahkahkahkah. Gwa nak gelak tapi bukan dekat salahudin atau amanah. Tapi dekat lu tt.
BalasPadamLu rasa amanah ni ada peluang nak menang lebih 4-5 kerusi ke kalau dia tak ber'khemah besar'? Dap berkeras sebab dia plan jangka masa panjang. Amanah nk plan apa lg selain all in dgn khemah besarnya.. Jahanam pru nanti jhanam lah dia.
khemah besar... united front.. tidak berguna.. jika tiada penama pengganti pemimpin negara hehehe... akan jadi mcm dulu juga.... tak stabil...
BalasPadamUDAH UDAH LE TU tt...kemah beso ke...kemah kecik ke...payung ke dan apa lancau istilah lagi...SEMUA TU TAKDE MAKNE....NAK MENANG PRU HEBOH KEMAH BESO...BILA DAH MENANG ASIK BEKAPAK BEREBUT JAWATAN DAN KUASA...MACAM NUAR SONTOT...
BalasPadamWEH pada hemat aku le MELAYU ni TIDAK BOLEH JADI PEMIMPIN, DEPA ASIK BEREBUT HARTA DAN KUASA...ala macam biasa orang MELAYU@MELENTUK@LAYU bab harta pusaka nyo sepokok pun dah berebut sesama adik beradik padahal sebelum tu lahir dari seperut...tak ke kata orang PAYROCK " HANAK PEGANCUKMAKNYA BETUI "
HA HA KO HADAM KATA-KATA AKU TU TT...OPAHNYA KEMBANG