Sabtu, 2 April 2022

PERANGAI ANWAR IBRAHIM

 


Muhyiddin ada jumpa tapi tak bangkit kerjasama, kata Anwar

PAKATAN Harapan (PH) tidak terlibat untuk mengadakan kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, kata pengerusinya Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu bagaimanapun mengakui ada mengadakan pertemuan dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin namun tidak melibatkan isu tersebut.

“Itu keputusan mereka, PH tak terlibat, pertemuan (dengan Muhyiddin) berlangsung untuk suatu ketika, saya tidak boleh nafikannya.

“Tetapi tiada persoalan dibangkitkan tentang keputusan membentuk gabungan menyokong beliau, ia tidak berbangkit,” kata Anwar yang tidak menyebut tarikh pertemuan itu.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian kepada pemberita selepas majlis meraikan bekas pengerusi DAP Lim Kit Siang di Subang Jaya malam tadi.

Anwar juga menegaskan isu sama ada PH akan bekerjasama dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad juga tidak berbangkit buat masa ini.

“Ia tidak berbangkit isu itu (kerjasama dengan Dr Mahathir),” katanya.

Dr Mahathir semalam mengesahkan Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) berjumpa dengannya untuk mendapatkan sokongan bagi menjadi perdana menteri buat kali kedua.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau bagaimanapun tidak akan menyokong Muhyiddin menjadi perdana menteri sekali lagi.

Beliau berkata demikian selepas anaknya Mukhriz yang juga presiden Pejuang mendedahkan usaha Muhyiddin untuk mengadakan kerjasama bagi menghadapi PRU15.

Mukhriz berkata, pertemuan itu berlaku dua minggu selepas Barisan Nasional (BN) menang besar dalam pilihan raya negeri Johor manakala Bersatu, Pejuang, PH dan juga PKR kalah teruk.

Kemenangan itu menimbulkan keghairahan di kalangan pemimpin BN untuk mendesak Parlimen dibubarkan segera bagi mengadakan pilihan raya umum. – 2 April, 2022.

 APA MAKNA

BERITA INI

AMIN

PROJEK KHEMAH

BESAR INI SEDNAG

RANCAK DIBINCANG

AMIN

ANWAR MUNGKIN 

BETUL DAN

MUNGKIN PUTAR

BILA KATA

TAK BINCANG HAL

DENGAN MUHYIDIN

AMIN

INI PERANGAI

ANWAR

KAH KAH KAH

AMIN

ANWAR KLIM

WAKIL PAKATAN

KAH  KAH KAH

INI TEATER

SAJE

KAH KAH KAH

LEPAS JOHOR

PAKATAN HANYA

SATENGAH WUJUD

KAH KAH KAH

TAPI YANG SAHIH

LEPAS PRN JOHOR

SEMUA PARTI

SDG  BERBINCANG

UNTUK MENDIRKAN

PERSERIKATAN 

UNITED FRONT 

YANG BARU

AMIN

PKR TAK MASUK

TAK JADI APA APA

 PKR MASUK

SATU BONUS

AMIN

1 ulasan:

  1. dengan mudim je ke dengan chia janda baik tak jumpa ? itu chia skang tengah cari jantan baru.. umno dah rejek.. kah kah kah

    BalasPadam