Laman sosial tawar ‘pakej taubat RM20’, menteri minta jabatan agama siasat
JABATAN Agama Islam negeri diminta menyiasat kemunculan laman sosial yang menawarkan pakej taubat dengan bayaran RM20.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata siasatan itu perlu bagi mengesan mereka yang terbabit dengan pakej berkenaan untuk diambil tindakan.
“Nak bertaubat kena bayar duit ini adalah tidak betul dan jika tidak mempunyai ilmu, kita mudah ditipu orang lain.
“Allah suruh kita mengajar dan belajar jadi orang berilmu kerana dengan adanya ilmu, kita tidak mudah ditipu,” katanya pada sidang media pada Majlis Sumbangan Inspirasi Qaseh Ramadan dan Aidilfitri 1443 Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) kepada 70 anak yatim di Kampung Sungai Petai, Changkat Jering, Bukit Gantang, hari ini.
Beliau diminta mengulas penyebaran iklan di laman media sosial mengenai pakej sesiapa yang ingin bertaubat dikenakan bayaran RM20.
huhuhu.. hukum agama pun nak ikut jadi undang2 konvensional ... salah bayar lepas salah bayar lepas salah bayar lepas..
BalasPadam