Khamis, 14 April 2022

PKR ADA 18 BIJAK TERHEBAT

 



Aminuddin sifatkan kesemua calon Naib Presiden PKR berkaliber

SEREMBAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Negeri Sembilan Aminuddin Harun menyifatkan semua calon yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden dalam pemilihan PKR kali ini berkaliber serta mempunyai kekuatan dan pengaruh masing-masing.

Aminuddin antara calon Naib Presiden PKR kali in turut berterima kasih kepada calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang telah menyenaraikan beliau dalam pasukannya pada pemilihan kali ini.

“Saya lihat mereka semua berkaliber, ada kekuatan dan pengaruh masing-masing, Ini menunjukkan bahawa dalam PKR itu ramai pemimpin.

“Terima kasih masukkan saya dalam pasukan tersebut. Semua pasukan saya masuk, tetapi apabila Rafizi letakkan saya dalam pasukan tersebut, saya ucapkan terima kasih. Kita kena bekerja sebagai satu pasukan, iaitu pasukan Keadilan,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan itu kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Media melaporkan Rafizi menyenaraikan pasukannya bagi calon Naib Presiden PKR dengan menamakan Aminuddin, Chang Lih Kang (Ahli Parlimen Tanjung Malim); Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa) dan G Manivannan ( bekas Ahli Parlimen Kapar) bagi pemilihan kali ini.- BERNAMA


WOIT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

LAPORAN BERITA

TAK LENGKAP

KAH KAH KAH

ADA 18 ORANG

NAK REBUT

4 KERUSI

KAH KAH KAH

SEMUA 18 BIJAK

LAGI PANDAI

BERKELIBER 

KAH KAH KAH 

HEBAT PKR NI

TAKDA SEJARAH

DLM PARTI LAIN

RAMAI SOSOK

BIJAK PANDAI

KAH KAH KAH

PENING KEPALA

AHLI PKR 

NAK PILIH 18

SOSOK  BIJAK

LAGI PANDAI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan