Isnin, 11 April 2022

SESAMA KITA MAJU BERSAMA

 




Pakar puji Putrajaya rujuk RUU antilompat parti ke j/k pilihan khas

KEPUTUSAN Putrajaya untuk tangguh pindaan Perkara 10(3a) Perlembagaan Persekutuan dan merujuk rang undang-undang (RUU) antilompat parti kepada Jawatankuasa Pilihan Khas merupakan satu langkah yang bagus, kata pakar.

Ini kerana draf awal pindaan itu memberi terlalu banyak kuasa kepada kerajaan ke atas hak individu untuk bebas berpersatuan.

Mereka berkata, pindaan dan penggubalan RUU itu perlu dilakukan secara menyeluruh agar ia benar-benar berkesan.

Peguam New Sin Yew berkata ini adalah langkah yang baik kerana RUU itu dilihat bermasalah.

“Mereka tidak sepatutnya rangka pindaan itu sedikit demi sedikit,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Ia perlu dilakukan secara menyeluruh bagi memastikan RUU antilompat itu benar-benar berkesan untuk memperkasakan rakyat, bukannya parti politik, selain mempromosikan demokrasi perwakilan dan bukannya membunuhnya seperti yang akan dicapai dalam RUU yang dicadangkan sebelum ini.”

Awal hari ini menteri undang-undang dan Parlimen Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) telah bersetuju untuk mengkaji dan memperhalusi tafsiran lompat parti dan mengkaji pemansuhan Artikel 48(6) dan undang-undang lain yang berkaitan.

Beliau berkata kedua-dua pihak juga telah bersetuju dengan jawatankuasa pilihan dua parti bagi memutuskan RUU antilompat parti dan akan dibentangkan di Parlimen pada Julai.

Majlis presiden PH juga telah mengeluarkan kenyataan untuk memberi komitmen bagi memastikan RUU itu dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen bagi memulihkan keyakinan orang ramai terhadap proses pilihan raya.

Pengenalan RUU antilompat parti adalah sebahagian daripada Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani kerajaan dengan PH pada 13 September lalu.

Di bawah perjanjian itu, kerajaan berjanji melakukan beberapa pembaharuan politik dan institusi sebagai balasan kepada sokongan pakatan pembangkang kepada perdana menteri.

Pengerusi Bersih Thomas Fann berkata penangguhan itu adalah demi kepentingan semua memandangkan akibat yang serius daripada cadangan awal RUU tersebut.

“Memandangkan akibat yang serius apabila meminda Perlembagaan Persekutuan, terutamanya yang menjejaskan hak asasi kita untuk bebas berpersatuan, Bersih bersetuju dengan keputusan untuk merujuk pindaan itu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas,” kata Fann.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagaimanapun perlu telus dalam tindakan mereka, tambahnya.

Penganalisis politik James Chin dari Universiti Tasmania bagaimanapun berpendapat terlalu banyak perhatian diberikan kepada RUU antilompat parti sedangkan perlu utamakan had jawatan perdana menteri.

“Saya rasa ramai ahli Parlimen bimbang RUU itu boleh disalahgunakan dan terlalu banyak kuasa diberikan kepada eksekutif.

“Itu mungkin sebab mereka mahu merujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas di mana mereka boleh buat kajian lanjut.

“(Tetapi) saya fikir mengehadkan penggal perdana menteri kepada dua penggal adalah lebih penting berbanding RUU antilompat. Saya tidak kata RUU itu tidak penting, tetapi keutamaan adalah untuk meluluskan had penggal kepada perdana menteri.”

Sambil mengalu-alukan langkah itu, Adun Pasir Pinji Howard Lee memberi amaran Kabinet masih mempunyai kata putus sama ada ia akan dibentangkan di Parlimen nanti.

Lee turut menyoal apa yang akan terjadi jika Kabinet tolak cadangan Jawatankuasa Pilihan itu nanti. – 11 April, 2022.

BERKONGSI

PANDANGAN

BUKAN LEMAH

AMIN

INI

TANDA BIJAK

AMIN

DUA KEPALA 

LEBIH BAIK DARI 

SATU KEPALA

AMIN

NGAKU TAK

TAHU TANDA

SOSOK BIJAK

KHALAS

TERIMA 

PANDANGAN LAIN

TANDA KITA

AKAL DEWASA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan