Sabtu, 2 April 2022

SRI LANGKA JADI NEGARA RAJA PAKSA

 



Sri Lanka isytihar darurat susulan krisis ekonomi

PRESIDEN Gotabaya Rajapaksa pada Jumaat mengisytiharkan darurat susulan krisis ekonomi dan peningkatan inflasi di Sri Lanka, lapor Xinhua.

Menurut Rajapaksa pengisytiharan darurat itu demi kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam serta membolehkan penyelenggaraan bekalan dan perkhidmatan yang penting dilaksana untuk rakyat. 

Darurat akan berkuat kuasa di seluruh negara mulai Jumaat.

Sri Lanka dicengkam krisis ekonomi sejak beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan kekurangan bahan api, tenaga elektrik dan pertukaran asing. 

Pada Khamis, penunjuk perasaan mengadakan protes di luar kediaman Rajapaksa menuntut kerajaan menyelesaikan segera masalah gangguan elektrik.

Protes kemudian bertukar menjadi ganas menyaksikan berpuluh-puluh penunjuk perasaan ditahan.

Ekoran itu, perintah berkurung dikuat kuasa di beberapa kawasan di Colombo sebelum ditarik balik pada Jumaat pagi.

Pada tengah malam hari yang sama polis sekali lagi mengenakan perintah berkurung di wilayah barat dan dijadual ditarik balik pada Sabtu pagi. – Bernama, 2 April, 2022.

RAJA PAKSA

JUAL NEGARA

PADA

CHINA MERAH

AMIN

KELUARGA

RAJA PAKSA

MENTERI KABINET

PERDANA MENTERI

SEMUA ADIK

BERADIK

AMIN

INI CHINA MERAH

AMAT SUKA

AMIN

MACAM NAJIB

HISHAM HUSIN

LAGI ADA KES

ADA SKANDAL

LAGI CHINA MERAH

MINAT

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan