Tok Mat Disiasat SPRM Tentang Dakwaan Rasuah
Kata sumber itu, dakwaan tersebut membabitkan isu rasuah berkaitan projek pembalakan dan pajakan tanah di Negeri Sembilan sekitar 2008 hingga 2010 di mana wang rasuah didakwa digunakan untuk membeli aset di luar negara.
(Utusan) – Satu siasatan telah dimulakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pemimpin kanan UMNO dikatakan menerima rasuah.
Siasatan itu dilakukan SPRM selepas satu laporan diterima agensi itu oleh Ketua Penerangan UMNO Cawangan Setapak Jaya 1A, Bahagian Setiawangsa Kuala Lumpur, Halim Rahmat baru-baru ini.
Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, laporan yang dibuat pada 6 April lalu meminta SPRM menyiasat dakwaan oleh sebuah portal berita, Malaysia Today, yang mengaitkan tuduhan rasuah dengan pemimpin berkenaan.
Kata sumber itu, dakwaan tersebut membabitkan isu rasuah berkaitan projek pembalakan dan pajakan tanah di Negeri Sembilan sekitar 2008 hingga 2010 di mana wang rasuah didakwa digunakan untuk membeli aset di luar negara.
“Selain itu, SPRM juga telah menerima informasi berkaitan dengan isu tersebut daripada sumber-sumber lain,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Timbalan Pesuruhjaya Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan perkara itu.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu.
Haa...Haaa nampaknya ahli politik malaysia ni berlumba-lumba nak jadi juara sapa dulu masuk penjara. Gue ingat nak minta agong buat darurat politik sampai 2023. Rakyat tengah tercungap-cungap nak hidup, dia orang sibuk main politik. Kan lebih baik main pantek ada jua sodap nyo. Sebonar-bonarnyo jahit dan najib tu masukkan dalan jel..mako sonyap la penyamun lain.
BalasPadam