Rabu, 6 April 2022

WAJIB ADA PERSERIKATAN BARU

 



Khemah besar tak penting asalkan stabil, kata Anthony Loke

PAKATAN Harapan (PH) tidak boleh taksub dengan pendekatan “khemah besar” dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sebaliknya perlu pastikan khemah itu stabil, walau apa pun saiznya, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Baru dilantik ke jawatan itu dalam pemilihan parti baru-baru ini, beliau berkata perlu tumpukan kepada usaha untuk mengukuhkan hubungan antara ahli komponen – PKR, DAP dan Amanah - supaya boleh menjadi satu kuasa yang kuat.

“Bagi saya tidak penting khemah besar atau kecil. Paling penting, kita ada khemah yang stabil,” kata Loke kepada The Malaysian Insight.

“Khemah yang boleh melindungi kita. Khemah yang boleh kekal dan sesuatu yang tidak akan diterbangkan oleh angin kencang,” katanya secara kiasan, mencadangkan PH tidak dihalang oleh faktor luaran.

Daripada membahaskan sama ada PH memerlukan pendekatan besar atau tidak, ahli Parlimen Seremban itu berkata beliau lebih suka melihat perkara tersebut secara lebih pragmatik.

Loke berkata demikian sebagai respons kepada persoalan sama ada PH perlukan pendekatan besar untuk menang dalam pilihan raya akan datang seperti yang mereka lakukan pada PRU14.

Istilah itu, digunakan oleh sesetengah pihak dalam PH, merujuk kepada kerjasama dengan parti pembangkang lain di luar PH untuk mengalahkan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional pada PRU15.

Parti pembangkang lain yang bukan dalam PH termasuk Warisan yang berpangkalan di Sabah, parti berasaskan pemuda iaitu Muda serta Pejuang.

Warisan pernah menjadi sekutu PH apabila gabungan itu dipilih menjadi kuasa persekutuan pada 2018, tetapi keputusan parti Sabah sejak akhir-akhir ini telah menimbulkan keraguan kepada perikatan mereka.

Warisan dituduh mencuri ahli DAP dengan perluasannya ke Semenanjung, dan ia juga bertanding menentang calon PH di beberapa kerusi dalam pilihan raya Johor baru-baru ini.

Presidennya Mohd Shafie Apdal juga berkata baru-baru ini ia mengekalkan pilihannya, termasuk kemungkinan bekerjasama dengan parti pemerintah dan Barisan Nasional untuk PRU15.

Pejuang, yang diasaskan bekas pengerusi PH dan perdana menteri dua kali, Dr Mahathir Mohamad, bertanding menentang calon PH di 42 kerusi dalam pilihan raya Johor, dan tidak bersama PH dalam menyokong memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Muda juga tidak menandatangani MoU tersebut, tetapi ia bekerjasama dengan PH di enam kerusi dalam pilihan raya Johor. Ia bersaing dengan PKR, bagaimanapun, di kerusi ketujuhnya.

Bekas ahli Parlimen PKR dan pakar strategi Rafizi Ramli baru-baru ini juga berkata, PH perlu mengabaikan pendekatan khemah besar dan bergerak sendiri.

Rafizi, yang baru-baru ini mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR, berkata parti itu tidak perlu berganding bahu dengan Pejuang, Warisan malah Muda untuk PRU15. Beliau berkata data mengenai pilihan raya negeri baru-baru ini menunjukkan kerjasama tersebut tidak membawa lebih banyak undi kepada PH.

Walaupun Muda setakat ini kelihatan paling bekerjasama dengan PH, Loke mengakui ianya tidak menentu, kerana Muda juga telah merasmikan pakatan dengan Warisan apabila ia melancarkan pengembangannya ke Semenanjung tahun lepas.

Loke berkata, terpulang kepada Muda untuk memutuskan sekutunya.

“Muda adalah parti bebas dan saya pasti mereka tahu apa yang terbaik untuk parti mereka sendiri.

“Kami telah tunjuk keikhlasan kami untuk bekerjasama dengan mereka di Johor malah kami telah berkempen untuk mereka di kerusi yang mereka tandingi.

“Jadi, saya rasa Muda boleh buat kesimpulan sendiri tentang hubungan yang mereka mahukan dengan PH,” kata bekas menteri pengangkutan itu.

Walaupun Muda menang satu (Puteri Wangsa) daripada tujuh kerusi yang dipertandingkan, Loke berkata ia adalah titik permulaan yang baik bagi parti yang baru didaftarkan itu, yang berada di bawah pimpinan bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Walaupun bertelagah dengan PKR di Larkin, Loke berkata perkara seperti itu boleh dielakkan pada masa hadapan jika kata sepakat dicapai di meja rundingan. PKR dan Muda gagal mencapai kata sepakat mengenai kerusi Larkin ketika itu.

Loke berkata rundingan adalah kunci menuju ke PRU akan datang.

“Melangkah ke hadapan, jika kita boleh datang ke meja rundingan dan semua orang berundur sedikit (untuk lihat gambaran yang lebih besar), saya fikir kita boleh selesaikan.” – 6 April, 2022.

 SATU

UNITED FRONT 

BARU 

YANG KUKUH

YG BERWIBAWA

YANG COOL

YANG MELAWAN

WAJIB MUNCUL

AMIN

PERLAWANAN 

AKHIR

JIKA TIDAK

PENCURI

KEMBALI BERKUASA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan