Selasa, 31 Mei 2022

ZIONIS ISRAEL DAN ZIONIS TEMPATAN

 



ZIONIS ISRAEL &

ZIONIS TEMPATAN

AMIN

APAKAH ZIONIS

TEMPATAN AKAN IKUT

ZIONIS ARAB &

ZIONIS PAKISATAN

AWAS !!!

SINGAPURA IALAH

PUSAT ZIONIS

ANTARA BANGSA

KHALAS

KEDAH JELAPANG KETUM

 


Cubaan dua lelaki seludup 1.35 tan daun Ketum ke Johor gagal

ALOR SETAR – Cubaan dua lelaki menyeludup daun ketum seberat 1.35 tan ke Johor Bharu gagal apabila mereka ditahan dalam satu operasi di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berdekatan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Supt Mohd Mahiri Hussin berkata, kedua-dua suspek berumur 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.30 malam semasa sekatan jalan raya Op Bersepadu Luaran dijalankan.

Katanya, semasa operasi, pegawai dan anggota dari Polis Peronda Lebuh Raya (EMPV) Zon Utara 1 telah menahan sebuah lori yang dinaiki dua lelaki di R&R Gurun dalam keadaan mencurigakan dan membuat pemeriksaan terhadap kedua-dua suspek.

“Hasil pemeriksaan di bahagian belakang lori telah menjumpai 135 bungkusan plastik hitam yang mengandungi daun hijau yang dipercayai ketum. Setiap satu bungkusan plastik itu adalah seberat 10 kilogram dan anggaran keseluruhan berat bungkusan 1.35 tan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang berasal dari Johor Bahru itu dipercayai mengambil daun ketum berkenaan di Pokok Sena untuk dihantar ke Kluang dan Johor Bahru.

“Mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Mahiri berkata, operasi yang bermula pukul 9 malam itu melibatkan sembilan pegawai dan 56 anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan PLUS Malaysia Bhd (PLUS).

“Pihak polis mengeluarkan 52 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan jalan raya manakala JPJ mengeluarkan 24 saman atas pelbagai kesalahan termasuk membawa lebih muatan, membawa muatan berbahaya dan lesen tamat tempoh.

“AADK pula melakukan saringan air kencing terhadap 33 individu dengan enam daripadanya positif dadah jenis methamphetamine dan heroin,” katanya. – Bernama


JELAS KETUM

SUMBER EKONOMI

AMIN

SIAM & INDON

SUDAH JADIKAN

KETUM PUNCA

EKONOMI

AMIN

KEDAH KINI

JELAPANG PADI

JUGA

JELAPANG KETUM

AMIN

SUMBER PENCARIAN

HALAL PAK TANI

AMIN

KENAPA KERAJAN

GANGGU GUGAT

MATA PENCARIAN

HALAL RAKYAT

AMIN

KENAPA KITA IKUT

UNDANG UNDANG

INGGERIS YANG

MAHU RAKYAT

MINUM BEER

AMIN

KALAU BETUL

KERAJAAN PRIHATIN

DENGAN RAKYAT

HAPUSKAN TOL

HAPUSKAN PPTN

BERI BELAJAR 

UNIVERSITI 

PERCUMA

KHALAS

JANGAN BUAT KERJA LOKMAN ADAM

 



JANGAN BUAT

KERJA 

LOKMAN ADAM

KHALAS


Unknown commented on

 "PENDAPAT BIJAK"

gajikan polis kastam imigresen pencen adalah kerja bodoh aka kerja lokman adam kerja ahmad maselan atau hasan malek. tambahan pula kalau dok terbawa2 tabiat paw duit orang ramai paw duit rasuah daripada pangkat cabuk sampai ke pengarah. sekarang ini polis pencen dengan bangga bercerita yang dia kenal malaon pencuri malaon disco malaon taukey lendir malaon lubang judi. 

walhal selama dalam perkhidmatan semuanya ikut perintah. kalau bos suruh makan tahi dia orang pun makan tahi kalau suruh terjun lombong diaorang pun terjun. dah tua kutuk pencen buatlah cara pencen. bawak2 la bertaubat selama pegang jawatan dok paw sana sini rasuah pakaian sehari hari. dengan rakyat biasa bukan main garang tapi anak MP boleh pula jadi pengiring. bodoh punya penjawat awam. hidup senang lenang makan gaji masih lagi lapar duit haram.

AFRIKA - KULIT HITAM

 


Somalia bakal hadapi kebuluran teruk

SOMALIA kini mengalami kemarau terburuk yang pernah direkodkan sejak beberapa dekad, menghampiri keadaan kebuluran di tengah-tengah krisis kelaparan dan pemakanan yang semakin meruncing.

Abdirahman Abdishakur Warsame berkata 6.1 juta rakyat Somalia berdepan tahap bekalan makanan tidak terjamin yang melampau manakala 330,000 kanak-kanak berdepan kekurangan zat makanan yang teruk akibat kemarau yang berpanjangan.

“Utusan Khas untuk Kemarau itu menyeru semua pihak berkepentingan meningkatkan usaha untuk menyokong komuniti yang terjejas akibat kemarau,” lapor Agensi Berita Xinhua memetik Pejabat Utusan Khas untuk Respons Kemarau dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kenyataan itu menekakan keperluan tindakan segera dan diselaraskan dengan baik serta menyeru agar semua rakyat Somalia bangkit untuk menyelamatkan nyawa.

“Persekitaran politik yang penuh perbalahan yang membawa kepada proses pilihan raya yang berpanjangan, krisis politik global, dan kemunculan krisis kemanusiaan di tempat lain di dunia turut menyumbang kepada tindakan yang tidak memadai terhadap ancaman kemarau dan usaha menghadapi kebuluran yang bakal berlaku di negara itu,” katanya.

Kemarau yang berkait dengan perubahan iklim di Somalia adalah antara yang terburuk dalam 40 tahun dan menjejaskan 66 daerah di negara itu, menyebabkan 771,400 keluarga kehilangan tempat tinggal, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kerajaan Somalia. – Bernama, 31 Mei, 2022.

AFRIKA BANYAK

MASAALAH

AMIN

SEMUA BEKAS

TANAH JAJAHAN

AMIN

KULIT MEREKA

HITAM 

AMIN

LEPAS MERDEKA

MEREKA ADA

KERAJAAN

SENDIRI

AMIN

TAPI TAK PERNAH

BERUPAYA BANTU

RAKYAT SENDIRI

AMIN

AMAT BIJAK

GUNA KULIT

MEREKA SEBAGI

HUJAH NEGARA

MEREKA GAGAL

AMIN

USIK SIKIT RASIS

KRITIK SIKIT

RASIS 

AMIN

KERANA ITU

MACAM ARAB

AFRIKA  JADI

NEGARA GAGAL

AMIN

ARAB HANYA

DISELAMATKAN

OLEH MINYAK

KALAU TIDAK

SETARAF DENGAN

SOMALIA

 KHALAS 

SEKARANG 

MAPAPETAKA 

CUACA SAMPAI 

AFRIKA LAGI 

PARAH 

AMIN

KHALAS

MAT BIDEN JADI TAKUT

 


Biden will not supply Ukraine with long-range rockets that can hit Russia

Moscow has threatened retaliation if missiles are used against its territory but US plans to ship shorter range systems


Joe Biden berkata AS tidak akan membekalkan Ukraine dengan roket yang boleh sampai ke Rusia, dalam usaha untuk meredakan ketegangan dengan Moscow berhubung potensi penempatan peluru berpandu jarak jauh dengan jarak kira-kira 185 batu.


Rumah Putih telah menimbang rayuan dari Ukraine - yang semakin kehilangan tempat dalam pertempuran untuk Donbas - untuk sistem roket pelbagai pelancaran (MLRS) untuk mengimbangi penggunaan artileri jarak jauh Moscow yang semakin berkesan, di tengah-tengah amaran Rusia bahawa berbuat demikian akan menyeberang. garis merah.


“Kami tidak akan menghantar sistem roket ke Ukraine yang boleh menyerang Rusia,” kata Biden kepada pemberita pada Isnin selepas tiba semula di Rumah Putih selepas hujung minggu di Delaware.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

MAT BIDEN

HANG TAKUT

PASAI APA

KAH KAH KAH

UKRAINE DAH

NAK HANCUR

BERI LAGI 

SENJATA

PADA UKRAINE

KAH KAH KAH

HINGGA

DI RUMAH HANG

SUSU ANAK

PUN DAH ABIH

KAH KAH KAH

KHALAS

SISTEM EKONOMI KAPITALIS

 



DALAM SISTEM

EKONOMI KAPITALIS

MESTI ADA MISKIN

UNTUK DIPERAH

AMIN

KERANA SEBAB

SEJARAH YG MISKIN

DI MALAYSIA ADALAH

MELAYU

AMIN

INI TIDAK AKAN

BERUBAH SELAGI

SISTEM TIDAK

BERUBAH

KHALAS

Unknown commented on

 "KENAPA MASIH IKUT 

UNDANG2 BAGINDA QUEEN"


Tahu kenapa negara tak boleh maju? Nak maju selangkah ada banyak ketam tarik berek sampai idea luncai, kah kah kah ini lah Melayu kita amin

FALSAFAH ADALAH PENGUMPULAN PENGALAMAN HIDUP

 


FALSAFAH ADALAH

PENGALAMAN HIDUP

YANG DITELITI

KHALAS

Unknown commented on 

"HARI RAYA KE 30"


BRO SOSOK YANG HILANG SEMUA HARAPAN AKAN HILANG SEMUA KETAKUTAN TT Gwa tahu lu merujuk kepada riwayat hidup lu sendiri. amin

PERANG MEREBAK ?

 



JIKA MEREBAK

ADA POLITIKUS

GILA KUASA

BOM NUKLEAR

AKAN MELEDAK

KHALAS

Asrul Sani commented on

 "KEMPEN RUSIA BERJAYA"


Kenyataan itu juga boleh ditafsirkan sebagai just another slogan "NATO" (No Action, Talks Only). Dalam bahasa mudah gempaq keling saja. Putin cakap kalau berani masuk mai la...bukan saja size peluru berpandu Russia saja yang lebih besar...peliaq Russia lagi sakan dari peliaq hangpa. Amerika akan memberi kata2 perangsang supaya sekutu Eropah masuk campur berperang dengan Russia sebab industri pengeluaran senjata mereka akan terus menjana hasil lumayan jika perang berlarutan.

PERBUALAN NASIONAL

 




GANJA & KETUM

WAJIB DIJADIKAN

PERBUALAN

 NASIONAL

AMIN 

SAMA MACAM

BERITA KES 

NAJIB ROSMAH

KHALAS

Unknown commented on 

"PENDAPAT BIJAK"

orang cakap pasal masalah makanan tak cukup tukar tiub bercakap pasal kondom.. ops sila pasal ketum... kah kah kah..

GUNUNG SALJI MAKIN CAIR

 


GUNUNG  SALJI 

DI KHUTUB UTARA

MAKIN CAIR

KHALAS


yusoferman commented on

 "APA KOMEN PENBACA TT"


https://www.bbc.co.uk/programmes/p07p3vq4 tengok ni bole edit tak video. air nak darat rendah tenggelam jakarta ilek

HUTAN SEDUT CARBON

 



HUTAN SEDUT

CARBON TUKAR

JADI OXYGEN

UNTUK

 UMAT MANUSIA

AMIN



Unknown commented on 

"SYABAS KELANTAN !!!"

Sebagian Besar Oksigen Diproduksi di Laut Maine, Gatra.com - Kebakaran hutan Amazon sering dianggap merusak kadar oksigen. Amazon juga dianggap sebagai salah satu produsen oksigen terbesar di bumi. Namun, ternyata, pasokan oksigen terbesar bukanlah berasal dari suatu hutan, melainkan dari laut. "Hampir semua oksigen yang bisa hirup di sesungguhnya berasal dari lautan, dan ada cukup cadangan oksigen untuk bertahan hidup setidaknya selama jutaan tahun," ucap profesor ilmu geologi Universitas Maine, Scott Denning, yang dilansir Live Science.


SETUJU - EEE BUKAN INDIA

 



SETUJU

EEE BUKAN INDIA

AMIN


Unknown commented on

 "EEE BUKAN INDIA"

Maulana TT, Jangan buat pembaca India menjadi murka.. eeeee ini bukan India. Masyarakat India tidak menerima dan memandang hina pada eeee.. eeee inilah keling original kaw. Bila India tak terima, depa nak jadi melayu. Orang melayu pula kan jenis lemah lutut bila dengar nama islam lalu bagilah eeee jadi melayu kononya saudara baru... Dulu eeee dan kini banglaaa & roginja, lama lama hilanglah lelaki melayu dari muka bumi ini....hahahahahahahaha.... -Rebellious monkey-

CHINA MERAH KANTOI !!!

 


 CHINA MERAH

IMPERIALIS BARU

NAK MUNCUL 

DAH KANTOI

KHALAS

KENAPA HARGA AYAM NAIK



 KENAPA HARGA

 AYAM  NAIK 


Seminggu ini kita heboh dengan berita harga ayam naik. Harga bahan makanan naik. Kadang-kadang ayam daging tidak ditemui di pasar yang ada hanya ayam pencen. Ayam jadi induk berita. Ini diikuti pula oleh harga tepung naik. Maka harga roti canai naik. Maka harga  roti buku pun naik. 

Bila harga barang naik maka media mula menjaja berita inflasi. Heboh kita dengan inflasi.

Awal tahun 70’an saya mula  berkenalan dengan perkataan inflasi. Pada awalnya ramai tak faham akan  makna perkataan ini. Maka di buat lawak : inflasi makan nasi basi.

Hari ini perkataan inflasi   dikaitkan dengan  kenaikan  harga barang. Pemahaman ini betul   tetapi inflasi  lebih dari kenaikan harga barang.  Ada sebab musabab yang melahirkan inflasi.

Sayangnya dalam hidup kita ini banyak hal kehidupan kita hanya kenal-kenal China. Kita memahami  tapi tidak terperinci. Faham tapi tidak mendalam dan tidak tuntas.

Saya bukan pakar ekonomi. Saya juga  cuba memahami apakah itu inflasi. Saya juga  mencari cari sebab musabab berlakunya inflasi.

 Pada tahun 70’an dulu sebelum inflasi datang melanda yang sampai dulu ialah   ‘hot money’.  Berita duit panas atau hot money sampai ini  muncul dahulu sebelum inflasi. Dari mana duit ini datang juga tidak jelas. Ada mengatakan hot money ini datang dari Vietnam. Ini lambakan duit dolar  Amerika yang ketika itu  sedang berperang di  Vietnam.

Kerajaan dan media milik kerajaan seperti biasa  menjalankan peranan membebalkan orang ramai. Tidak memberi pencerahan.


Siapa yang memegang hot money ini sampai hari ini saya masih belum tahu. Malah konsep hot money tahun 70’an ini saya masih tidak faham.

Ketika hot money  melanda  Perdana Menteri ialah Tun Razak. Dengan cekap dan pantas Tun Razak mewujudkan dasar Bumi Hijau.  Ini cara Tun Razak melawan hot money dan inflasi.

Apa dia Bumi Hijau ini?

Kerajaan Tun Razak menggalakkan semua tanah-tanah kosong ditanam dengan makanan. Ubi, keladi, keledek, lada, kunyit  - semua warga digalakkan bercucuk tanam bukan  secara meluas tapi di sekeliling rumah.

Kalau ada tanah lapang pelihara ayam dan itik. Untuk telor dan daging,

Sebenarnya  menanam  dan memelihara ayam itik ini  telah wujud dalam budaya hidup di kampung. Konsep ini  telah diguna pakai. Di Negeri Sembilan kawasan tanaman sayur mayur di tepi atau di belakang rumah dipanggil peraq.

Sayur mayur ayam itik  untuk makanan sendiri dan untuk jiran sekampung. Bertukar sayur dan tanaman antara jiran tetangga.  Malah jika ada lebih boleh di jual.  Ini menampung keperluan harga bahan barangan yang naik harganya.

Hari ini inflasi datang lagi. Saya memerhatikan ada pola dan ciri yang sama sedang berlaku. Pola dan ciri  yang telah dilihat berlaku pada tahun 70’an.

Pemahaman pertama kita tentang inflasi ialah duit banyak manakala barang jualan sikit. Maka harga barang jualan di pasar menjadi mahal. 

Ramai nak beli ayam tapi ayam tidak ada. Maka harga  ayam naik.  Duit ada barang tak ada.

Kenapa duit banyak dalam pasaran ? Kenapa barangan sikit dalam pasaran ?

Dari segi teori ekonomi kapitalis  bila ada permintaan maka akan ada penawaran. Tangan ghaib  akan muncul untuk mengimbangi penawaran dan permintaan.   Ini dinamakan kuasa  pasaran. Kuasa pasaran ini  menetapkan harga  barangan.

Dalam laporan  media hari ini - dalam kes ayam kita lihat tuduh menuduh mula berlaku. Pengguna menyalahkan pembekal. Pembekal menyalahkan peruncit. Peruncit dan pembekal marah pada kerajaan yang menetapkan harga.

Ayam salah satu barang di kawal.

Di Malaysia kalau pembekal dan pengilang dan peruncit Orang China dan pengguna Orang Melayu – dengan senang akan timbul perasan perkauman. 

China tipu Melayu.

Tapi apa sebenarnya berlaku?

Pertama inflasi dan turun naik  harga barang yang menimbulkan krisis  ekonomi adalah watak dan perangai  sistem ekonomi kapitalis. Setiap  10 atau 15 tahun akan berlaku krisis ekonomi. 

Inflasi dan harga bahan makanan naik bukan kerana peruncit atau pembekal itu China. Bangsa kaum dan agama tidak ada sangkut paut dengan  inflasi. Ini watak kapitalis untuk mendapat keuntungan maksimal.

Ketika saya menulis ini warga Iran sedang turun ke jalan raya membantah harga bahan makanan yang naik mendadak.  Di Iran pembekal dan peruncit bukan peniaga China. Di Iran - peniaga, pembekal peruncit atau dikenali sebagai  Bazari  semuanya Parsi   beragama Islam.  

Manifestasi krisis sistem ekonomi kapitalis  ini sedang kita lihat diseluruh dunia.  Warga hilang kerja,  kilang tutup, pengangguran  bertambah, harga barang jadi mahal.

Krisis ekonomi akan menimbulkan krisis politik.  

Jangan lupa krisis ekonomi  tahun 1998. Di Indonesia  Jeneral Suharto di jatuhkan. Di Malaysia  Anwar Ibrahim dibuang dari jadi Menteri. Dua babak  yang kita alami  adalah manifestasi dari krisis sistem ekonomi kapitalis.

Ingat tahun 2008 – sistem ekonomi kapitalis ini hampir runtuh.  Dunia kapitalis hampir meledak pecah.  Bank dan syarikat gergasi – too big to fail –  besar sangat  mustahil runtuh – kini lungkup jatuh muflis,
Dengan cepat Presiden  Obama  mengeluarkan 700 bilion dolar untuk ‘ bail-out’. Ingat Lehman Brothers runtuh lungkup terbarai terus tutup kedai.  

Jangan lupa di Malaysia kerajaan beri bantuan untuk beli Proton. Sapa ada Proton lama boleh tukar dapat voucher bernilai 10,000 ringgit untuk beli Proton baru.

Sakit perit dan luka krisis ekonomi tahun  2008 masih belum pulih dunia. Tapi  kaum  kapitalis berkenduri seperti biasa. Krisis  datang sekali lagi. Kali ini lebih parah dari hot money, lebih ganas dari zaman Lehman Brothers dalam  era bail-out.


Setiap kali krisis berlaku ianya semakin parah. Krisis ekonomi tahun 2008 membawa ledakan  kenaikan harga  barang di Tunisia. Krisis ini  melahirkan Mohamed Baouazizi yang membakar dirinya dan meledaknya Arab Spring pada 2011.

Apakah saya ini membawa surah-surah setan  untuk menakutkan pembaca. 

Panggillah apa sahaja – ayat setan atau ayat pesimis – apa yang ingin saya nyatakan  disini adalah satu jalur pandangan yang wajib diutarakan.  Jalur pandangan yang wajib kita ketahui untuk memahami kenapa harga barang naik.

Masanya  sudah sampai untuk kita memahami dan hadapi apa yang berada dihadapkan mata kita. Jika di hadapan kita ada hantu ada polong – setan dan jembalang – kita wajib bangun segak dan hadapi semua ini. 

Jangan menyorok, jangan berkhayal , jangan berangan-angan. Apa yang berlaku di hadapan mata kita adalah perbuatan  kita sendiri. Semua yang terjadi hari ini adalah jawapan kepada apa yang telah kita lakukan sebelumnya.

Krisis ekonomi tahun 2022 ini lebih menakutkan dari krisis 2008. Inflasi kali ini lebih berat, lebih meluas dan lebih memusnah. Akibatnya akan lebih parah terhadap umat manusia.

Punca awal bermula dari Wuhan provinsi China. Pada 31 Disember 2019 dilaporkan virus baru telah dikenal pasti. Virus ini merebak ke seluruh dunia.  Pada  11 Mac 2020 WHO ( Badan Kesihatan Dunia ) mengumumkan pendemik ke seluruh dunia.

Ini bukan bala pertama wabak yang menimpa umat manusia. Pada tahun 1918-1920 Spanish Flu telah melanda Eropah. Antara 25 ke 50 juta tewas. 

Virus Wuhan ini menetas  dalam bilik makmal. Virus dari kelawar terlepas dari jagaan makmal terus membaham manusia.

Virus Wuhan menjerut nyawa 6.5 juta warga dunia. Virus  ini meragut  nyawa 36,656 warga  Malaysia – ini angka  pada 25/5/2022 dari data Kementerian Kesihatan Malaysia.

Virus Wuhan telah memporak perandakan ekonomi dunia.  China adalah  kilang produksi dunia terhenti. Apabila kilang di China  ditutup, rantaian  bekalan untuk dunia terputus.

Dengan mata kepala kita  berupaya melihat kedai-kedai di pekan dan bandar di sekeliling wilayah kita ditutup. Iklan rumah kedai untuk dijual atau disewa terpampang disana sini. Kemudian kita baca berita kilang itu dan kilang ini ditutup. Ramai hilang kerja.

Bila tak ada kerja  Si Penganggur tidak mampu membayar pinjaman bank. Kereta kena tarik. Rumah kena lelong.  Sewa tak mampu dibayar  maka terpaksa hidup di jalan raya. Ini sedang berlaku. Hutang bertambah.

Peniaga kecilan, peniaga pertengahan tanpa sokongan modal yang lumayan adalah kelas pertama tutup kedai.  Mereka  ini ada nadi dan aliran darah dan rantai  dalam sistem ekonomi kapitalis.  

Rumusannya serangan virus Wuhan selama tiga tahun ini membawa dampak yang mendalam terhadap permintaan, penawaran dan pembekal produk.

Pertengahan tahun 2022 kesan virus Wuhan ini semakin kendur dan mula  mengenap. Dunia  dan kita semua merasa berada  di landasan pemulihan. Sana sini berita gembira sampai.
 
Virus Omicron pengganti Delta dilihat tidak lagi ganas. Akhirnya kita di Malaysia menamatkan PKP  ( Perintah  Pergerakan Kawalan ) yang bermula pada  18 Mac 2020 dan tamat pada 31 Disember 2021. 

Serangan virus Wuhan makin reda diseluruh dunia. Hidup semakin pulih seperti tahun 2019.

Tup tup -  tertiba pada 24 Februari  Perang Ukraine pecah. Rusia melancar operasi bersenjata terhadap Ukraine.  Seperti  dirancang – manusia ini menghadapi satu bala lepas satu bala.

Rantaian pembekal makanan baru  hendak mengatur kapal keluar  masuk kini berhadapan dengan bala yang baru.

Apa sangkut paut semua ini dengan harga ayam yang ditetapkan antara 8 ke 9 ringgit sekilo ?  

Dalam sistem ekonomi kapitalis yang menetapkan harga ialah tangan ghaib i.e pasaran. Bila Kementerian Hal Ehwal Pengguna jadi tangan ghaib maka  pasaran terganggu. Dengan magic ayam hilang dari pasaran. 

Menteri pengawal barang dilihat Menteri Melayu – pembekal, pemborong dilihat China. Sekali lagi  perasan perkauman muncul.  Disini muncul tuduh menuduh.  Kedua-dua Menteri dan pembekal tidak menerangkan bahawa  apa yang berlaku adalah ciri dan pola sistem ekonomi kapitalis.
Kaum kapitalis akan menahan pengeluaran apabila dilihat keuntungan maksima mereka tidak  dapat  amal jariah. Kapitalis berniaga untuk mendapat untuk maksima. 

Pemahaman keuntungan maksima ini wajib ditanamkan kepada semua pengguna –  anak semua bangsa – bangsa semua agama -  agar mereka sedar apa itu sistem ekonomi kapitalis.

Perang di Ukraine  juahnya  beribu batu  dari pasar  Chow Kit. Kita  tidak berperang.  Tidak ada bom meledak di Jalan  Raja Alang. Tapi dampaknya sampai. Kesannya di rasakan. Semua bertanya  kenapa ayam naik harga.  Tunggu minggu hadapan untuk jawapan. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANINSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/383911