Selasa, 24 Mei 2022

BERITA BAIK TENTANG GANJA

 


Anak bekas duta tanam 102 pokok ganja keliling rumah

BENTONG – Seorang anak kepada bekas duta Malaysia ke Indonesia ditahan atas dakwaan menanam dan memiliki 102 pokok ganja di sini semalam.

Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf  berkata, suspek disyaki menanam 68 pokok ganja di atas tanah manakala 34 lagi anak pokok semaian di dalam beg plastik di vila kediaman bapanya yang berusia 78 tahun di Janda Baik.

Menurutnya, dua tangkapan dan rampasan kes berkenaan merupakan kejayaan serta kes terbesar dalam sejarah narkotik tanah air.

Suspek, 53, ditahan di kediaman mertuanya di Shah Alam semalam.

Terdahulu sepasukan polis dari Bukit Tinggi dan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong melalui operasi Ops Tapis melakukan serbuan di kediaman berkenaan pada 21 Mei lalu dan menahan bapa suspek.

“Hasil ujian urin mendapati suspek positif dadah jenis ganja manakala bapanya negatif dan kedua-dua tidak ada rekod jenayah lampau.

“Hasil siasatan polis menemui lima batas tapak tanaman pokok ganja di belakang kawasan kediaman bapa suspek berkeluasan dua ekar.

“Polis juga merampas ganja yang masih dalam proses pengeringan seberat 1,020 gram berjumlah RM2,500,” katanya menerusi sidang media di Ibupejabat Polis Daerah Bentong hari ini.

Manakala nilai rampasan melibatkan jumlah RM61,200 selain mendapati suspek aktif dalam penanaman ganja sejak tahun 2015.

Bapa suspek direman sejak semalam sehingga 28 Mei ini merupakan diplomat  pada tahun 1995 sehingga 1999 turut tinggal bersama suspek.

Ramli berkata, permohonan suspek bermula hari ini dan kedua-dua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 6B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Ramli memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada balai polis berdekatan bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan najis dadah di negeri ini.

Selain itu, berkaitan dengan penanaman ganja, polis juga telah menahan komposer dan penyanyi nasyid, Yasin atas dakwaan menanam tanaman yang sama di kediamannya di Kota Damansara pada 21 Mac lalu. 

MAKIN JELAS

GANJA BUKAN

DIGUNAKAN

OLEH KUTU

KAH KAH KAH

RUMAH PAK DUTA

ADA TANAM GANJA

AMIN

INI PERKEMBANGAN

AMAT BAIK

AMIN

BUKAN  

JOHN LENNON

SAJE YANG

ISAP GANJA

BILL CLINTON

PUN ISAP GANJA

AMIN

LU TAK CAYA

LU TAANYA

KHAIRI

KAH KAH KAH

MALAON INI TAHU

BARANG BAIK

KAH KAH KAH

1 ulasan:

  1. letakkan aje lah hukuman menghisap ganja ini separas dgn arak dan kutiplah cukai, ditangkap jika urine sangkut & bersalah ketika memandu atau khayal. kenapa nak gantung mengambil nyawa? dia penah nampak tak keluarga yg hilang bapa mcmana susah anak bini nak hidup?

    BalasPadam