Selasa, 10 Mei 2022

JANGAN SUSAHKAN RAKYAT

 



Pemimpin perlu betulkan naratif ‘rakyat sudah muak dengan politik'

KUALA LUMPUR – Semua pemimpin dan parti politik mempunyai tugas untuk membetulkan semula naratif ‘rakyat sudah muak dengan politik’.

Ini berikutan jumlah pengundi yang keluar mengundi pada tiga pilihan raya negeri (PRN) iaitu di Sarawak, Melaka dan Johor menunjukkan peratusan yang amat membimbangkan.


Menurut Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah),  Salahuddin Ayub, naratif tersebut perlu diperbetulkan terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau menegaskan, sistem demokrasi lebih sempurna apabila mereka yang berhak untuk menunaikan tanggungjawab keluar mengundi.

“Pola penurunan ini sebetulnya adalah membimbangkan. Justeru saya harus akui bahawa semua pemimpin dan parti politik memikul satu tanggungjawab yang besar untuk memperbetulkan semula naratif ‘rakyat sudah muak dengan politik’ ini terutamanya menjelang PRU15 akan datang.


“Sistem demokrasi dan pilihan raya negara akan mempunyai imbangan yang lebih baik bukan hanya apabila adanya pengundi; tetapi adanya pengundi yang keluar mengundi menjadi indikator kepada sistem yang berfungsi,” kata Ahli Parlimen Simpang Pulai itu.

Pada PRN Sarawak, jumlah yang keluar mengundi adalah 61 peratus. Sementara di Melaka sejumlah 66 peratus keluar mengundi dan di Johor mencatatkan peratusan yang kecil iaitu 55 peratus.

“Persoalannya mengapa rakyat jadi tidak minat untuk mengundi? Rangkuman daripada beberapa analisis yang dibuat oleh para penganalisis politik.

“Antara faktor ‘kelesuan politik’ ini adalah disebabkan oleh krisis politik iaitu isu rasuah, lompat parti, integriti, ancaman kesihatan COVID-19, kekecewaan pengundi terhadap politik tanah air, literasi politik dalam kalangan anak muda (mengambil kira Undi-18 di PRN Johor dan sebagainya,” kata Salahuddin.

PRU-15 bakal berlangsung pada bila-bila masa kerana tinggal setahun sahaja lagi sebelum penggal pentadbiran ke-14  tamat.

RAKYAT MAHU

LIHAT SATU

UNITED FRONT

BARU

AMIN

SATU AGENDA:

HALANG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

DAN 

MASUKKAN NAJIB

KE DALAM JIL

KHALAS

BUKAN SAPA

NAK JADI PM

BUKAN SAPA

DAPAT KERUSI

LEBIH

KHALAS

JANGAN BERI

RAKYAT SUSAH

UNTUK BUAT

BANYAK PILIHAN

AMIN

INI JADI KACAU

RAKYAT MAHU

LIHAT SATU

KEMAH BESAR

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan