Khamis, 19 Mei 2022

KENAPA KITA HANTAR SAMPAH

 




Petisyen bantah Tajuddin jadi duta raih 14,975 tandatangan

SETAKAT jam 10.35 pagi tadi, seramai 14,975 orang sudah menandatangani petisyen dalam talian bagi mendesak kerajaan membatalkan pelantikan Ahli Parlimen Salak Tajuddin Abdul Rahman sebagai duta besar ke Indonesia. 

Petisyen itu dilancarkan semalam oleh kumpulan Bangsa Malaysia, ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri Ismail Sabri dan Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

“Apa sudah gila Malaysia ini. Jangan ingat rakyat sudah lupa siapa Tajuddin,” menurut kenyataan Bangsa Malaysia dalam petisyen yang mensasarkan 15,000 tandatangan.

Kenyataan dalam petisyen itu turut menyentuh kegagalan Tajuddin mengurus kemalangan membabitkan dua tren LRT di Kuala Lumpur pada Mei tahun lalu.

Beliau dipecat dari jawatannya sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Berhad tidak lama selepas membuat kenyataan yang dianggap tidak sensitif susulan kejadian itu.

“Sidang media ‘probok probok’ dia sebagai pengerusi prasarana dah cukup untuk buktikan betapa dia ini orang yang jahat, bodoh, sombong - tak layak untuk mewakili negara untuk sebarang acara, apatah lagi sebagai Duta Besar ke Indonesia. 

“Ternyata, Tajuddin hanya layak diberikan gelaran embarrassador, bukan ambassador (duta)!

“Sudah cukup banyak Malaysia dimalukan! Kita sebagai rakyat kini kena bangkit untuk jaga nama baik negara,” kenyataan itu dipetik. – 19 Mei, 2022.     

KENAPA KITA

BUANG SAMPAH

KITA KE NEGARA

JIRAN

AMIN

INDONESIA JIRAN

YANG BAIK

AMIN

RAMAI WARGA

INDONESIA BERI

TENAGA PADA

NEGARA INI

AMIN

JASA BAIK

JANGAN DIBALAS

DENGAN SAMPAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan