Cubaan seludup 32 warga asing guna lori tumpas
UALA LUMPUR – Polis Daerah Klang Utara berjaya menumpaskan cubaan menyeludup 32 warga asing dari Indonesia menggunakan sebuah lori yang bertutup kain kanvas, dalam satu pemeriksaan, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, hasil pemeriksaan mendapati seramai 32 warganegara Indonesia terdiri daripada 19 lelaki dan 13 perempuan berumur antara 20 hingga 60 tahun.
“Kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk masuk ke Malaysia.
“Pada 12 Mei 2022 jam 6 pagi semasa pihak polis dari Balai Polis Kapar sedang membuat rondaan cegah jenayah telah terserempak dengan sebuah lori jenis Isuzu yang ditutup dengan kain kanvas di belakangnya.
“Anggota polis kemudiannya telah menahan lori tersebut yang dipandu oleh seorang lelaki India dan telah membuat pemeriksaan.
“Kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk masuk ke Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, siasatan awal mendapati kesemua migran telah masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan dengan menggunakan bot pancung.
“Kesemua migran tersebut telah ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk masuk ke Malaysia.
“Manakala Warga Tempatan yang berumur 30an pula ditahan di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.
Beliau juga menggesa orang ramai yang berkaitan dengan aktiviti penyeludupan migran untuk memberikan maklumat kepada pihak polis.
“Ia bagi orang awam dan pihak polis bersama-sama membendung aktiviti yang menjejaskan keselamatan negara seperti ini,” katanya lagi. –
Setuju...
BalasPadamProjek bawak masuk oekerja ini lumayan TT woit, sebab ITU semua jilat kiri kanan, komisen atas bawah, agen kos masuk betapa banyak mereka sapu Dari atas lulus sampai oekerja sampai, belum kira setiap satu kepala berapa dapat, Tanya Hamidi Indon dia pandai bab kira komisen, susah bayar gaji kepada warga tempatan, pengsuaha lebih Suma bayar warga asing, Wang keluar negara semakin banyak, tak kisah adal Pak Munke Dan kuncu dapay enjoy menjoy mudah kah kab Masih sokong pencurik lah kah kah
BalasPadam