Isnin, 23 Mei 2022

MONKEYPOX MENULAR

 



Ahli Parlimen DAP gesa KKM keluar garis panduan cegah cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) perlu mengeluarkan garis panduan yang jelas bagi mengekang wabak cacar monyet supaya ia tidak menular menular di Malaysia seperti yang berlaku di beberapa negara, kata Kelvin Yii.

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu berkata garis panduan KKM amat penting terutamanya untuk mereka yang mengembara ke negara yang melaporkan kes cacar monyet.

“Garis panduan ini sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak penyakit tersebut merebak dalam negara,” kata jurucakap kesihatan DAP itu dalam kenyataan hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) semalam berkata sebanyak 92 kes positif termasuk 28 kes suspek cacar monyet dari 12 negara direkodkan setakat Sabtu lalu. 

Kes setakat ini dikesan di Australia, Kanada, Amerika Syarikat, Belgium, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Portugal, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom, kata WHO. 

“Walaupun kebanyakan pesakit yang dijangkiti pulih tanpa komplikasi, penyakit ini masih perlu dipandang serius.

“Sebab itu KKM perlu mengeluarkan garis panduan yang betul, termasuk menasihati rakyat Malaysia yang merancang untuk mengembara ke negara-negara yang melaporkan wabak cacar monyet supaya mendapatkan suntikan vaksin terlebih dahulu untuk melindungi diri mereka daripada jangkitan,” kata Yii.

Orang ramai juga perlu diberi pendedahan mengenai gejala cacar monyet, tambahnya.

“Individu yang mengalami gejala selepas pulang dari negara terbabit perlu dinasihatkan supaya segera menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Setakat ini virus itu masih belum dilaporkan di Malaysia, tetapi kita masih perlu berhati-hati,” jelasnya.

Cacar monyet disebabkan oleh jangkitan orthopoxviruses dan virus ini ditularkan kepada manusia melalui gigitan atau sentuhan langsung dengan darah binatang atau cecair badan dan luka haiwan yang dijangkiti.

Virus ini juga boleh disebarkan melalui titisan sekresi pernafasan dan  juga boleh menular melalui kontak langsung dengan cecair daripada ruam makulopapular di badan orang yang dijangkiti atau dengan objek yang tercemar virus, seperti tempat tidur atau pakaian.

Gejala awal cacar monyet adalah selesema, demam, menggigil, keletihan, sakit kepala dan lemah otot.

WHO mencadangkan supaya mendapatkan vaksin cacar air sedia ada yang dikatakan 85% berkesan terhadap cacar monyet. – 23 Mei, 2022.     

AWAS

BERJAGA JAGA

AMIN

KITA JAGA

KITA

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan