Sabtu, 14 Mei 2022

PANDANGAN BIJAK LAGI TEPAT

 



PKR tidak boleh tanding PRU15 sendirian, kata Amirudin

PKR masih belum mempunyai kekuatan untuk bertanding secara sendirian, atau bergerak solo tanpa sokongan parti-parti lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor Amirudin Shari.

Beliau berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

“Jika kita tidak dapat kumpul kekuatan dan terpisah, parti akan hilang dukungan dan sokongan untuk memenangi kerusi dalam PRU15 akan datang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota PKR Perlis di Pusat Khidmat Rakyat  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis di Kuala Perlis hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Md Akin, Ahli Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad dan Adun Kuala Perlis, Nor Azam Karap.

Amirudin yang juga merupakan menteri besar Selangor berkata gabungan Pakatan Harapan (PH) di Selangor sebelum ini turut didekati beberapa parti lain yang menyatakan sokongan dan ingin bersama-sama dalam PRU15 nanti.

“Namun saya perlu merujuk dahulu kepada pimpinan gabungan PH untuk melihat bagaimana kita harus susun strategi dan formula untuk kemenangan,” katanya. – Bernama, 13 Mei, 2022.


PANDANGAN

TEPAT & BIJAK

AMIN

TIDAK ADA

JALAN LAIN

MELAINKAN

MENDIRIKAN

SATU BARISAN

UNITED FRONT 

YANG LUAS 

DAN AMPOH

AMIN

BANYAKKAN

KAWAN 

KURANGKAN

MUSUH ADALAH

AGENDA UNTUK

MENANG

AMIN

DENGAN SLOGAN

MASUKKAN NAJIB

KE DALAM JIL

SEKARANG

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan