Ahad, 5 Jun 2022

BAHAYA UNTUK ORANG MELAYU


Pejuang ada gabungan untuk PRU15, kata timbalan presiden

PEJUANG tidak akan memasuki gelanggang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) secara bersendirian, seperti yang dilakukannya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini, kata timbalan presidennya, Marzuki Yahya.

Pejuang, yang diasaskan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya akan bergerak bersama gabungan baharu yang dibentuk dengan parti dan kumpulan yang berkongsi matlamat perjuangan yang sama dengannya.

“Buat masa ini kita masih berpendirian solo. Pada masa sama kita juga merangka satu platform baru yang mana saya yakin masih ada parti yang sealiran perjuangan dengan kita, mungkin mereka akan menjadi sebahagian daripada pasukan kita. 

“(Gabungan) tidak boleh terjadi kepada parti politik sahaja… di luar banyak kumpulan dan tokoh yang mampu menyumbang untuk memulihkan negara,” kata Marzuki dalam wawancara bersama The Malaysian Insight, di pejabatnya, di Cyberjaya, minggu ini.

“(Pejuang) akan tampil dengan satu kumpulan dan kita akan bawa ke PRU15. Ada kumpulan politik dan bukan politik, kemungkinan besar, dan kumpulan yang sealiran perjuangan dengan kita… mereka yang mempunyai jati diri sayangkan bangsa, agama, dan negara kita,” tambahnya.

Jelas beliau, gabungan itu tidak hanya tertumpu pada soal politik semata-mata tetapi turut memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi negara termasuk orang Melayu.

“Kita akan umum kemudian. Kita sudah rangka satu strategi dan sampai ke satu peringkat persetujuan. Pejuang hari ini masih solo tetapi untuk menempuh PRU15 kita dengan kumpulan kita sendiri.

“Untuk PRU15 kita dah siap sedia,” tegas Marzuki.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut bentuk atau anggota gabungan yang sedang diusahakan itu.

Semalam, Dr Mahathir berkata Pejuang sedia bekerjasama dengan golongan profesional dan badan masyarakat untuk mengharungi PRU15.

Katanya, Pejuang tidak akan bertanding sendirian tetapi tidak akan bekerjasama dengan “penyangak”.

“Banyak NGO sudah kita jumpa termasuklah pesara guru dan tentera kerana kumpulan ini juga berhak mengundi. NGO ini masing-masing ada penyokong, kita tahu mereka bercakap tentang masalah orang Melayu dan mereka juga berminat menyelamatkan masa depan (orang Melayu),” katanya.

Pejuang menyertai PRN Johor pada 12 Mac lalu secara solo dan tewas di semua 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya. Semua calonnya juga hilang wang pertaruhan, termasuk Ketua Pejuang Johor Shahruddin Md Salleh.

Beliau juga berkata Pejuang akan menyertai PRU15 akan datang dengan strategi berbeza berbanding yang digunakannya dalam PRN Johor.

“Kita akan bertanding di 120 kerusi yang diputuskan pengerusi kita (Dr Mahathir) cuma strategi dan rangka kerja berbeza,” katanya.

Pejuang juga katanya, menyedari kesilapan dan mengambil iktibar dari PRN Johor lepas. Beliau mengakui parti ketika itu tidak bersedia menghadapi pilihan raya.

“Kita dalam gerak kerja perkasakan parti. Semua maklum sekarang gerak kerja untuk menubuhkan cawangan di peringkat akar umbi terutama di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Ini satu daripada organisasi parti yang perlu dilengkapkan tapi amat malang pada PRN Johor kita tiada kesempatan buat gerak kerja ini sehingga kita tak tahu siapa wakil kita di setiap PDM,” katanya.

Pejuang menyertai PRN Johor kurang setahun selepas pendaftarannya disahkan secara rasmi pada 18 Julai, 2021.

Marzuki bagaimanapun tidak melihat keputusan PRN Johor sebagai tanda pengundi menolak Pejuang sebaliknya peratusan keluar mengundi yang rendah antara punca ia kalah.

“Bila orang kata kita kalah maksudnya tiada sokongan, sebenarnya kita tak dapat undi yang banyak bukan kerana tiada sokongan tapi kerana orang tak keluar mengundi.

“Itu tak boleh menjadi penanda aras kekalahan kita sebab perkara lain, perkara besar adalah kerana orang tak keluar mengundi pada PRN Johor.

“Sudah tentu tugas kita yakinkan kalau pengundi tak mahu keluar mengundi, yang akan menjadi masalah kepada masa hadapan adalah kita akan terus mengiyakan kerosakan dilakukan pimpinan atau parti politik sedia ada,” katanya lagi.

PRN Johor menyaksikan hanya 54.92% pengundi yang keluar membuang undi mereka daripada keseluruhan 1,426,573 pengundi berdaftar di negeri itu yang layak mengundi di kesemua 56 kerusi DUN.

Pejuang pula hanya memperoleh sekitar 18,692 undi atau 1.34% daripada keseluruhan undi.

Barisan Nasional (BN) yang menguasai dua pertiga DUN Johor menerima 599,753 undi atau 43.11% undian.

Mendepani PRU15, Marzuki berkata Pejuang akan menggunakan kempen kesedaran kepada pengundi salah guna kuasa, rasuah, dan penyelewengan yang menyebabkan rakyat melalui kesukaran dalam kehidupan mereka hari ini.

“Parti Melayu seperti kita ada cabaran besar, orang Melayu masih rasa Umno adalah wadah perjuangan Melayu hingga mereka tak hiraukan soal kleptokrasi, salah guna kuasa, dan rasuah, tapi saya yakin rakyat merasakannya.

“Masalah harian dari sudut keperluan harian harga barang yang berlipat ganda naik, peluang pekerjaan yang menguncup, saya rasa ini beri kesedaran kepada rakyat.

“Kita kena sedarkan mereka, salah guna kuasa dan ketirisan pentadbiran kerajaan ini yang akan membuat kesusahan rakyat lalui,” kata Marzuki lagi.

Selain Dr Mahathir yang mewakili Langkawi, tiga lagi ahli Parlimen Pejuang ialah Dr Shahruddin (Seri Gading), Mukhriz Mahathir (Jerlun), dan Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu).

Marzuki turut menegaskan Pejuang tidak hanya tertumpu kepada sesebuah negeri sebaliknya berhasrat menubuhkan kerajaan di Putrajaya walaupun Kedah merupakan kubu mereka.

“Tujuan kita tubuh Pejuang untuk ambil alih kerajaan, sudah pasti kena kuatkan semua negeri yang mana bagi saya sudah pasti Kedah kubu kita, dan kita akan terus berusaha.

“Parti kita parti nasional dan mahu ambil alih Putrajaya. Kita tak tertumpu kepada satu-satu negeri sahaja,” katanya.

Setakat ini Pejuang merekodkan sekitar 50,000 ahli berdaftar, dengan pertambahan kira-kira 1,000 ahli setiap minggu, katanya. – 5 Jun, 2022.

SAPA NAK

MENANGI

HATI MELAYU

WAJIB AMBIL

GARIS NASIONALIS

ANTI 

CHINA MERAH

AMIN

PARTI KOMUNIS

CHINA  MERAH

SOKONG UMNO

AMIN

INI BAHAYA UNTUK

ORANG MELAYU

KHALAS

1 ulasan:

  1. Betooiii ke UMNO ni wakili orang melayu … kah kah kah

    BalasPadam