Isnin, 13 Jun 2022

BEBASKAN GANJA DARI BAGINDA QUEEN


Sindiket seludup 840 kilogram ganja dari Satun tumpas


Pengarah JSJN Bukit Aman,  Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua lapan tangkapan itu terdiri daripada enam lelaki tempatan manakala dua lagi warga Thailand berusia lingkungan 35 hingga 59 tahun.

Jelas beliau, serbuan pertama dilakukan di Sungai Bakap ketika tujuh suspek berkenaan sedang memunggah ganja di sebuah lori manakala suspek kelapan diberkas di kawasan perumahan di Simpang Ampat.

“Hasil siasatan mendapati modus operandi sindiket ini menyeludup masuk ganja dari Satun, Thailand melalui perairan menggunakan bot sebelum mereka memindahkan bahan terlarang itu menggunakan lori untuk diedarkan bagi pasaran tempatan.

“Secara keseluruhan dalam serbuan itu sebanyak 848 ketulan mampat ganja dirampas bersama sebuah lori serta beberapa kenderaan lain yang dianggarkan bernilai RM2.2 juta.

“Selain itu, rampasan ini juga merupakan rampasan ganja terbesar Pulau Pinang bagi tahun ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang  hari ini.

Tambah Ayob Khan, semakan lanjut mendapati sindiket itu aktif sejak penghujung 2021 dan dadah yang dirampas itu boleh digunakan untuk 1.68 juta penagih.

“Siasatan lanjut juga mendapati lima daripada suspek tersebut positif dadah. Selain itu, lima suspek yang diberkas juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah.

“Siasatan berhubung kes ini masih dijalankan dan kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula 11 Jun lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan sama, Ayob Khan menegaskan, pihaknya tidak menolak kemungkinan lebih banyak ganja akan diseludup masuk ke dalam negara selepas Thailand menghalalkan dadah itu di negara mereka. – 

WOIT

GANJA DI SIAM

DAH JADI PRODUK

HALAL

AMIN

MALAYSIA MASIH

HARAM

AMIN

TU PASAL SELUDUP

MENJADI JADI

AMIN

KALAU DIBENAR

TANAM HARGA

AKAN JATUH

AMIN

PENYELUDUP

HILANG BISNES

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

  1. Tokan besaq selangor tu semua polis daaa kalau hilang bisness alamatnya saman akan mengila gila...

    BalasPadam
  2. https://www.hmetro.com.my/global/asia/2022/06/851620/penternak-dakwa-ganja-tingkatkan-kualiti-daging-ayam

    Di Thailand dah boleh makan nasi ayam ganja. Ayam panggang ganja dan telur ayam ganja. Tak taulah pulak kalau ayam ganja ni di import adakah ayam ganja ni akan ditangkap? Satu cara saja, kasi kowtim tentu boleh.

    BalasPadam