Jangan salah pilih tarikh PRU15, takut sejarah berulang, Najib beri amaran
PENGERUSI Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Najib Razak memberi peringatan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob agar segera mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana keadaan semasa memihak kepada gabungan itu.
Bekas perdana menteri turut memberi amaran agar Ismail Sabri tidak mengulangi kesilapannya sebelum ini sewaktu menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang menyaksikan BN tewas dan hilang kuasa.
“Bila pilihan raya umum, saya tak tahu. Saya nak mengaku, sepatutnya dulu kita buat PRU14 lepas Sukan SEA dulu, barangkali kita akan menang besar tapi kerana desakan pihak tertentu kita tangguh dan keadaan berubah.
“Hari ini pembangkang caca merba… PKR hanya 12% (ahli keluar) undi, Pejuang dah tolak, Bersatu tinggal dua kerusi, PAS (sokongan) menurun, DAP juga sudah ditolak.
“BN insya-Allah kukuh walaupun ada masalah,” katanya.
Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Konvensyen BN, sempena ulang tahun ke-48 gabungan itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.
Ketika pentadbirannya, Najib mengumumkan pembubaran Parlimen pada 7 April, 2018, iaitu 78 hari sebelum mandat penuh PRU13 berakhir.
Mandat kerajaan BN pada waktu itu sepatutnya tamat pada 24 Jun, 2018.
Pada PRU14, BN tewas kepada Pakatan Harapan (PH) dan hilang kerajaan apabila setakat menang 74 kerusi berbanding PH yang memenangi 121 kerusi. PAS ketika itu menang 18 kerusi.
Ismail Sabri dalam wawancara bersama akhbar Jepun yang disiarkan semalam memberi bayangan PRU15 tidak akan berlaku dalam masa terdekat. Beliau memberi alasan negara berhadapan isu peningkatan kos sara hidup dan harga barang makanan.
Mandat kerajaan hanya akan tamat pada Julai 2023 namun pimpinan Umno mendesak agar ahli Parlimen Bera itu segera memanggil PRU15, memandangkan momentum sokongan rakyat dikatakan memihak kepada BN seperti ditunjukkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung sebelum itu.
BN menang dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan Johor dalam PRN tersebut.
Najib dalam ucapannya bagaimanapun meletakkan tugas menentukan tarikh PRU15 kepada pucuk pimpinan Umno, seperti dimuktamadkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) sebelum ini.
“Sebaiknya supaya perdana menteri buat keputusan tepat sebab taruhannya begitu tinggi.
“Ini bukan soal Najib, Zahid, atau Ismail Sabri ini soal masa depan BN dan negara,” katanya merujuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
“Kalau ada amanah diberi kuasa buatlah keputusan tepat dan bijaksana jangan fikir hal diri tapi fikir masa depan parti dan negara, saya yakin BN akan berkuasa di tanah air kita,” tambah Najib. – 1 Jun, 2022.t
Wahai NajibPaksa, masa mung jadi PM dulu, cakap kawanx, cadangan MKT Umno mung buat tak layan, yang mung dengar cuma dari laki mung, Rosmah dan bomoh je. Masa Mail 114 pandai la pulak bagi idea. Cakap je la buat PRU sebelum Aku masuk penjara. Takut nak tinggalkan 2 orang suami yang tak ada bini. Bini dalam Sungai berdinding Buluh.
BalasPadam