Dr Mahathir setuju khemah besar tetapi bukan diketuai Anwar, Muhyiddin, lapor media
DR Mahathir Mohamad bersetuju dengan pendekatan kerjasama semua parti pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 namun menolak khemah besar itu diketuai oleh Anwar Ibrahim atau Muhyiddin Yassin, lapor Utusan Malaysia.
Pengerusi Pejuang berkata dua pemimpin itu “tidak lurus” dan itu sebabnya partinya pada masa ini menolak pendekatan khemah besar parti pembangkang.
“Iya, kalau boleh, adakan khemah besar, pasal negara kita ini menghadapi banyak masalah, terutamanya orang Melayu, orang Melayu banyak masalah.
“Tetapi kita kena cari orang yang lurus, tidak boleh kalau ada orang masuk politik nak cari duit apa semua. Sorrylah,” katanya dalam wawancara dengan akhbar itu.
Bekas perdana menteri menjelaskan Anwar dan Muhyiddin “tidak lurus” kerana mempunyai agenda peribadi dan bukan mengutamakan rakyat.
“Anwar tak dapat sokongan, berapa kali dah dia buat pengumuman, dia nak jadi perdana menteri. Tapi tak jadi. Dia tak ada sokongan,” katanya.
Dr Mahathir berkata selepas percaturan politik Langkah Sheraton pada hujung Februari 2020, jika bukan kerana Anwar, beliau masih menjadi Perdana Menteri di bawah Pakatan Harapan (PH) sehingga hari ini, sekali gus tidak akan memberi laluan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mendominasi kerajaan sekarang.
“Kalau tak sabit dia (Anwar), saya hari ini jadi perdana menteri. Pasal bila saya letak jawatan, Agong mahu setiap 220 ahli Parlimen tulis siapa yang mereka pilih. Saya fikir PH akan letak nama sayalah, pasal saya daripada PH.
“Tetapi Anwar kata dia ada banyak sokongan, tapi dia orang (PH) bagi kepada Anwar 92 undi, saya dapat 62, bukan daripada PH, daripada parti lain orang lain saya tak tahu siapa.
“Kalau saya dapat 62, kalau saya juga dapat 92 daripada PH, saya dapat 154, saya jadi perdana menterilah. Tapi dia bagi saya kalah, dia pun kalah,” jelasnya
Sementara itu, Dr Mahathir berkata pihaknya belum ada perbincangan dengan mana-mana parti untuk membentuk kerjasama dalam pilihan raya umum akan datang.
Katanya, Pejuang sedang meneliti beberapa parti yang dirasakan selari asas perjuangannya.
“Kita tak berani buat keputusan lagi. Kita nak tengok pendirian sebab Pejuang ini satu daripada perjuangannya ialah untuk lawan rasuah, kalau orang dalam parti itu nampak terlibat dengan rasuah, kita tak bolehlah nak kerjasama,” katanya.
Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad dalam wawancara dengan The Malaysian Insight yang disiarkan minggu ini berkata semua parti pembangkang mesti bekerjasama melalui satu persefahaman pilihan raya untuk memastikan pertembungan satu lawan satu dengan Umno dan BN.
Katanya, hanya dengan cara itu saja Umno dan BN dapat dikalahkan. – 3 Jun,
TT, bukan geng pencuri tapi geng cap tengkorak tulang bersilang, geng ni lagi ganas, pencuri kebas sikit sikit je, curi ayam 2, 3 ekor, geng cap tengkorak tulang bersilang kebas juta juta, bilion bilion, geng ni elok disula dengan besi panas yang apinya masih merah menyala
BalasPadam