Keputusan permohonan batal kes Azeez Rahim 1 Julai
KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan menetapkan 1 Julai depan bagi menentukan keputusan permohonan bekas Pengerusi Tabung Haji, Eee Abdul Azeez Eee Abdul Raheem untuk membatalkan tuduhan rasuah berjumlah RM5.2 juta dan penggubahan wang.
Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim mendedahkan tarikh tersebut di Mahkamah Syssen hari in
Hakim, Azura Alwi kemudian menetapkan 30 Ogos depan untuk sebutan utama.
Sebelum ini Mahkamah Tinggi berpuas hati ketiga-tiga alasan dikemukakan oleh Eee Abdul Azeez untuk membatalkan semua pertuduhan terhadapnya, tidak mempunyai merit yang mewajarkan mahkamah menggunakan bidang kuasa sedia ada untuk membenarkan permohonannya.
Ketika itu Hakim Muhammad Jamil Hussin dalam penghakimannya menyatakan, semua pertuduhan telah dirangka dengan sempurna dan menjadikan satu tindakan pra-matang pada peringkat itu jika mahkamah memutuskan semua pertuduhan yang dikemukakan adalah tidak berasas.
Tepat Dan dengar khabar si arul nasiq kandar..dah jadi lebai?
BalasPadam