Jumaat, 17 Jun 2022

MASA DAH SAMPAI - RASUAH HUKUM GANTUNG


Pengarah urusan GLC antara 4 invidividu ditahan SPRM


SEORANG pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan kerajaan GLC yang terlibat dalam bidang hartanah antara empat individu ditahan kerana disyaki bersubahat dalam membuat tuntutan palsu berkaitan projek pembangunan di pantai timur bernilai lebih RM300 juta.

Tiga lagi individu yang ditahan ialah pengarah syarikat, pengurus projek dan arkitek daripada syarikat kontraktor dan juruperunding.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesemua suspek yang ditahan berusia lingkungan 28 hingga 48 tahun.  

“Tiga daripada mereka ditahan di Pejabat SPRM Terengganu manakala seorang lagi di rumahnya di ibu negara pada Khamis lepas (16 Jun) pada 12 tengah hari.

“Kesemua suspek kini direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 22 Jun depan setelah Majistret Noor Mazrinie Mahmood membenarkan permohonan reman oleh pihak SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan kesemua suspek. – Bernama, 17 Jun, 2022.    
 

GANJA DADAH

HUKUM GANTUNG

AMIN

MASA DAH TIBA

PENERIMA RASUAH

PEMBERI RASUAH

DIKENAKAN HUKUM

GANTUNG

AMIN

TEORI GANTUNG

NAK BAGI TAKUT

KITA  BAGI TAKUT

KES RASUAH

AMIN

MALAH RASUAH

LEBIH BAHAYA

DARI GANJA

DARI KETUM

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan