Rabu, 29 Jun 2022

NAZRI SELAMATKAN SABRI 114


Buat pemilihan Umno segera, kata Nazri

UMNO perlu mengadakan pemilihan parti secepat mungkin, kata Mohamed Nazri Abdul Aziz, selepas bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman semalam mendesak presiden parti Ahmad Zahid Hamidi letak jawatan.

Ketua Umno Padang Rengas berkata pemilihan Umno, yang tertangguh sehingga hujung tahun ini, lebih penting diadakan sekarang berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk mengelak parti dibubarkan.

“Buatlah pemilihan parti kalau berani…nak hadapi PRU berani…(perlu berani) hadapi pemilihan parti juga… apa yang perlu dibuat Umno ketika ini adalah pemilihan bukannya PRU.

“Saya risau kalau tidak dibuat sebelum Disember, Umno akan dibubar sebab kita ada 18 bulan bermula Jun tahun lalu untuk adakan pemilihan,” katanya, seperti dipetik BH Online.

Pada Jun tahun lalu, Umno menangguhkan pemilihan parti sehingga 18 bulan dengan jangkaan Parlimen akan dibubarkan sebelum itu. Pada Ogos berikutnya, Pendaftar Pertubuhan mengesahkan penangguhan itu sehingga 29 Disember.

Pada Mei 2022, Umno meminda perlembagaannya untuk menetapkan pemilihan parti dibuat tidak lebih enam bulan selepas pilihan raya umum.

Menurut Nazri, pada fahamannya pindaan itu terpakai untuk pada masa akan datang.

“Fahaman saya sebagai seorang peguam, pindaan digunakan untuk masa depan bukan sekarang.

“Apa yang Umno perlu buat adalah mengadakan pemilihan parti,” katanya.

Semalam, Tajuddin yang dipecat dari MKT Umno membuat sidang media menjelaskan apa yang telah beliau lakukan sehingga dikenakan tindakan.

Tajuddin juga berkata Ahmad Zahid sudah jadi beban kepada Umno dan perlu melepaskan jawatan presiden parti.

Katanya, ramai pemimpin Umno mengakui perkara itu namun tidak berani bersuara kerana bimbang tidak dinamakan sebagai calon pilihan raya.

Merujuk amalan Umno selama ini, Nazri berkata pemimpin yang dihadapkan ke mahkamah perlu berundur.

“Ahmad Zahid patut tarik diri…amalan lepas menunjukkan siapa ada kes perlu berundur seperti mana Mohamad Khir Toyo (bekas menteri besar Selangor); Muhammad Muhd Taib (bekas naib presiden Umno) dan Rahim Tamby Chik (bekas ketua menteri Melaka).

“Malah, sebelum ini, Umno buat keputusan sesiapa ada kes perbicaraan perlu mengundurkan diri bagi fokus kepada kes supaya kes peribadi tidak dijadikan kes parti.

“Tetapi tak undur diri pula (Ahmad Zahid) itu yang jadi masalah sekarang,” katanya.

Jelas Nazri, pendedahan Tajuddin semalam sepatutnya menjadi asas untuk rakyat dan ahli Umno membuat keputusan. – 28 Jun, 2022.


NAZRI NAK

SELAMTKAN 

SABRI 114

AMIN

KALAU TAKDA

PEMILIHAN PARTI

ZAHID TETAP

BERKUASA

AMIN

KALAU ADA

 PEMILIHAN

SABRI 114 AKAN

JADI PRESIDEN


AMIN

KINI SEMUA

BERGANTUNG

PADA ROS & KDN

JENG JENG JENG

AMIN

KDN & ROS

HAMZAAH JAGA

JENG JENG JENG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan