Pesuruhjaya PAS Selangor dipanggil menghadap sultan
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan Pesuruhjaya PAS Selangor Ahmad Yunus Hairi menghadap baginda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Tanpa banyak perincian Pejabat Diraja Selangor dalam satu kenyataan di Facebook berkata pertemuan itu berlangsung kira-kira sejam.
Pertemuan itu dibuat selepas Ahmad pada 10 Jun lalu meminta kerajaan negeri Selangor tidak membenarkan umat Islam menyertai perayaan Bon Odori yang bakal diadakan.
Ini di sebalik titah Sultan Sharafuddin kepada Jabatan Agama Islam negeri (Jais) supaya tidak menganggu festival Bon Odori yang dijadualkan berlangsung bulan depan.
Festival Bon Odori menjadi kontroversi selepas Menteri Hal EHwal Agama Idris Ahmad tidak menggalakkan umat Islam menyertai acara tahunan itu yang didakwanya “dipengaruhi oleh unsur agama lain” menurut penyelidikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Festival itu yang akan dianjurkan pada 16 Julai di Kompleks Sukan Shah Alam itu sudah dianjurkan selama 40 tahun sebagai acara sosial untuk masyarakat dan syarikat Jepun bagi memupuk semangat muhibah.
Dalam satu kenyataan minggu lepas Sultan Sharafuddin yang menghadiri festival itu pada 2016 bersama Duta Jepun ke Malaysia ketika itu bertitah baginda mendapati sambutan itu tidak termasuk unsur keagamaan atau ritual.
Baginda turut mencadangkan kepada menteri agama untuk menghadiri majlis itu sendiri dan membezakan antara budaya dan agama.
Sultan Selangor bertitah Festival Bon Odori adalah acara kebudayaan yang diadakan di Selangor untuk membina hubungan antara rakyat Malaysia dan minoriti Jepun. – 15 Jun, 2022.
Woit Enche' TT, nanti sl lobai tu datang kacau lu apa macam, suruh lu kasi buang itu Ezi dan Tak Tak sebab haram bela anjing. Lobai itu nanti boleh kasi tuduh dalam nahkamah syariah Enche' TT sudah murtad, keluar dari Islam, boleh di hukum ikut undang-undang ... KAHKAHKAH ... Itu jam Enche' baru turun jalan raya ka... tosah mare.. tanya saje
BalasPadamni media tulis dri Sultan Johor :-
BalasPadamMalah sekiranya kuasa negeri telah dicabuli, maka Perjanjian Persekutuan itu boleh dianggap terbatal dengan sendirinya, dan Johor bukan lagi sebahagian dari Persekutuan, titah baginda.
Jangan sampai rakyat Johor desak untuk keluar dari Malaysia, mungkin Johor lebih maju jika berdiri atas kaki sendiri, titah baginda lagi.
.
Jangan ingat Sabah & Sarawak je nk "merdeka" .. Johor pun teringin jugak.
harap tuan TT ada faham cikit la
he he he ! ! !
Jangan lupa Sham Rais!!!!! Apa Guna YANG MAHA BERKUASA cipta Neraka Jika Semua nak penuhkan Sorga????
BalasPadam