Sabtu, 4 Jun 2022

SEMUA BUNGKUS


Satu lawan satu sukar dicapai pada PRU15, kata Pejuang

SUSAH untuk memastikan pertembungan satu lawan satu bagi mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang kerana ada parti politik yang lebih mengutamakan kepentingan sendiri, kata Timbalan Presiden Pejuang Marzuki Yahya.

Katanya, usaha ke arah itu pernah cuba digerakkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 namun gagal apabila PAS menjadi pihak ketiga dalam pertembungan antara Pakatan Harapan (PH) dan BN.

“Kita tahu mana-mana negara demokrasi yang paling baik adalah satu lawan satu tetapi bagaimana nak wujudkannya. 

“Pada PRU14 kita cuba gabungan semua parti satu lawan satu, antara PH dan BN tetapi kita lihat wujud PAS yang cuba menjadi ‘king maker’ dalam PRU14 yang akhirnya pecahkan undi,” kata Marzuki.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insight, di pejabatnya di Cyberjaya, semalam.

Tambahnya, hasrat itu semakin sukar dicapai untuk PRU15 memandangkan kebanyakan parti yang bertanding lebih memikirkan soal kedudukan pemimpin mereka.

Sedangkan matlamat perjuangan mana-mana parti politik harus disandarkan kepada keutamaan untuk rakyat.

“Ini memberi (petunjuk) satu perkara, iaitu matlamat satu lawan satu untuk PRU15 sukar… kebanyakan pimpinan parti mereka lebih tertumpu nak jadi perdana menteri.

“Ini bukan masalah yang harus diperbincangkan, masalah besar adalah masalah rakyat,” kata Marzuki.

Menyedari perkara itu juga, Marzuki berkata Pejuang tidak menamakan mana-mana pimpinan parti sebagai calon perdana menteri daripada parti itu. 

“Kalau fikir untuk jadi perdana menteri ini bukan perjuangan sebenar, sebab itu Pejuang tak pernah menamakan calon perdana menteri, yang penting kita perjuangkan nasib jatuh bangun bangsa dan amnya rakyat negara ini. Ini matlamat kita,” tambahnya.

Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad dalam wawancara dengan The Malaysian Insight yang disiarkan minggu ini berkata semua parti pembangkang mesti bekerjasama melalui satu persefahaman pilihan raya untuk memastikan pertembungan satu lawan satu dengan Umno dan BN.

Katanya, hanya dengan cara itu saja Umno dan BN dapat dikalahkan. 

Namun, Dzulkefly berkata idea itu tidak diterima oleh beberapa parti pembangkang. 

Amanah adalah antara pelopor kepada idea khemah besar pembangkang dalam usaha menewaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Sementara Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara bersama Utusan Malaysia dilaporkan bertuju dengan konsep khemah besar yang dicadangkan pembangkang tetapi tidak mahu ia dipimpin Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim atau Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini dalam satu kenyataan berkata partinya tidak pernah membincangkan secara rasmi agenda mewujudkan khemah besar pembangkang itu.

Khemah besar menjadi isu pokok dalam pemilihan PKR yang selesai hujung minggu lalu. – 4 Jun, 2022.

WOIT

TAK PERLU

PERGI YALE

TAK PERLU

PERGI OXFORD

BELAJAR POLITIK

KAH KAH KAH

TAK PAYAH

JADI PEN ANAL

 POLITIK

UNTUK RAMAL

PRU 15

KAH KAH KAH

SEMUA AKAN

BUNGKUS DAPAT

TELO PENYU

KAH KAH KAH

SELAGI TAKDA

KEMAH BESAR

SAMPAI KIAMAT

GEROMBOLAN

AKAN BERKUASA

AMIN

KHALAS

INI BANGANG

ORANG  BERANI

KAH KAH KAH

INI DEGIL

ORANG BIJAK

KAH KAH KAH

SEMUA KENA

VIRUS

GINAJAPIM

KAH KAH KAH

KHALAS

3 ulasan:

  1. Nak buat khemah besar kena ada toleransi. Kàlau dah berpakat tu, sedarlah diri. Pejuang sebuah parti baru, ahli pun berapa kerat je. Jadi terimalah kàlu diberi sedikit je kerisi Dun atau Parlimen. Ini tak, nak gabung tapi minta lebih kerusi, dah diberi (PRU 14) mulalah letak calon tangkap muat. Sedar lah wahai Pejuang, kau hanya tumpang aura Tun M saja...orang lama tapi parti baru

    BalasPadam
  2. Khemah besar dengan madey? Jangan lupa itulah bapak penyangak negara.

    BalasPadam
  3. Khemah besar dgn pengkhianat buat apa? Madeey buat perangai semua kena tanggung. Perjanjian buang Dalam Longkang. Kah kah kah. Atau Dedak Azmin Semburit masuk lagi dlm Akaun Tee Tee?

    BalasPadam