Jumaat, 3 Jun 2022

VARUS GINAJAPIM WAJIB DISELESAIKAN


Satu lawan satu saja cara kalahkan Umno, BN, kata pengarah strategik Amanah

SEMUA parti pembangkang mesti bekerjasama melalui satu persefahaman pilihan raya untuk memastikan pertembungan satu lawan satu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Pengarah Strategik Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.

Umno dan BN hanya boleh dicabar dengan mengukuhkan pembangkang dalam satu barisan yang bersatu, kata ahli Parlimen Kuala Selangor.

“Kalau kita mahu menafikan kemenangan Umno dan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15, kita mesti mengatur satu pendekatan pilihan raya yang boleh memastikan pertembungan satu lawan satu.

“Kita mesti menyusun strategi kemenangan ini bersama sebagai satu barisan pembangkang yang bersatu dan mula bersiap sedia dengan segera.

“Matlamat besarnya ialah menyelamatkan negara daripada terus dirosakkan oleh kleptokrasi dan salah guna kuasa Umno dan BN. Hanya melalui kerajaan yang berkesan dan institusi semak dan imbang yang bertenaga kita mampu memberi khidmat kepada rakyat dengan cekap,” kata bekas menteri kesihatan.

Hujahnya adalah lanjutan daripada pendekatan “khemah besar” untuk menyatukan semua parti pembangkang, yang bagaimapun tidak mendapat sokongan menyeluruh daripada parti-parti pembangkang.

Menurut Dzulkefly, pertandingan satu lawan satu merupakan pilihan yang lebih baik kepada pengundi. Beliau percaya rakyat akan lebih mudah membuat pilihan, dan parti-parti politik harus mendengar suara rakyat.

Dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai tonggak pembangkang, Dzulkefly berkata gabungan itu harus mencapai persefahaman pilihan raya dengan sebanyak mungkin parti politik selagi mereka berkongsi impian untuk negara.

Bola di tangan Perikatan

Beliau berpendapat Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin harus membuat keputusan mahu bersama siapa dan perkara itu mesti jelas.

“Saya tahu banyak yang masih berdendam, menyampah dan marah dengan pengkhianat yang mereka lakukan kepada kita sebelum ini,” katanya, merujuk percaturan politik Langkah Sheraton yang menjatuhkan pentadbiran PH.

“Tetapi PH harus meninggalkan episod itu kerana sudah tiada masa untuk mengenang yang sudah lepas. Tidak ada gunanya… perkara itu sudah berlalu. Kita harus mara bersama dengan lebih kuat, sekarang.

“Siapa pun musuh yang hendak kita kalahkan, sekiranya BN dan Umno, marilah kita mencapai persefahaman untuk mengalahkan mereka.

“Kalau PN mahu jadi sebahagian daripada usaha itu, marilah. Adakah PN mahu jadi sebahagian daripada Umno dan BN? PN perlu menjawabnya,” tambahnya.

Menurut Dzulkefly persefahaman antara parti pembangkang akan menguntungkan rakyat.

“Kita mesti berhenti bertekak. Pada akhirnya, ini bukan tentang kita, parti kita, gabungan atau ahli kita.

“Ini tentang rakyat. Kalau anda betul-betul mewakili rakyat, dengar suara mereka.

“Ini soal negara. Negara perlu dibina semula dan rakyat harus diberi peluang hidup yang bermakna dengan kemakmuran yang dikongsi bersama, bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi agama, kaum dan segalanya,” katanya.

Dzulkefly mengingatkan masa sudah suntuk dan perkara itu perlu diselesaikan segera kerana pilihan raya sudah dekat.

“Kita nampak apa yang berlaku di Melaka, Johor malah di Sarawak. Sudah cukuplah peringatan daripada rakyat.

“Masa tidak memihak kepada kita. Kita sudah terlalu lambat. Kita banyak bercakap mengenai khemah besar dan segala macam. Ayuhlah dan kita laksanakan segera.”

Dzulkefly juga menggesa undang-undang antilompat parti diluluskan segera supaya rakyat tidak dikhianati sekali lagi.

“Kita mesti meluluskan rang undang-undang itu. Kita mahu memastikan ada harapan baharu, ada perjanjian baharu dengan rakyat supaya sekurang-kurangnya mereka keluar dan mengundi.

“Kita bimbang mereka enggan mengundi kerana begitu menyampah dan tidak lagi percaya dengan kita (ahli politik),” katanya.

Rundingan kerusi

Dzulkefly juga berkata halangan utama kepada cadangan kerjasama pilihan raya ialah soal pengagihan kerusi.

Katanya, untuk memastikan pertembungan satu lawan satu berjaya, semua pihak mesti sedia untuk berunding dan berkongsi kerusi.

“Saya mengingatkan Amanah dan PH. Kalau kita betul-betul mahu melihat perlawanan satu lawan satu, semua kita mesti bersabar dan bijaksana untuk memastikan semua pihak mendapat agihan kerusi yang adil dan saksama.

“Saya kata adil, bukan sama rata. Dengan itu, kemungkinan untuk bekerjasama dan lebih mustahak, menjalin kerja berpasukan dan kepimpinan yang bersekutu dapat dicapai dengan bermakna,” katanya.

Menurut Dzukefly, ada parti yang mungkin tidak akan mendapat jumlah kerusi yang sama untuk ditandingi seperti pada PRU14 namun menggesa sekurang-kurangnya kerusi yang disandang dikekalkan sebagai asas rundingan.

“Berapa kerusi yang Amanah akan tanding, kita tahu pada PRU14 kita bertanding 34 kerusi. Kita ada 11 kerusi sekarang. Musabahnya, jumlah atau formula yang masuk boleh digariskan berdasar jumlah parti politik dalam barisan pembangkang yang bersama.

“Prinsip pertama dalam semua rundingan kita ialah parti politik dibenarkan kekal bertanding kerusi yang disandangnya.

“Jadi semua pihak harus bersabar dan mengutamakan matlamat besar sebagai asas pertimbangan.

“Pengagihan kerusi selalu jadi salah satu masalah dalam membina gabungan. Dalam apa juga keadaan, kita mesti mengelak daripada tersalah langkah. Jangan kita menempa jalan yang salah,” tambahnya. – 3 Jun, 2022.     


SATU MALAYSIA

TAHU UNDI BN

DI PRN JOHOR

DI PRN MELAKA

MASIH 

TAHAP PRU14

AMIN

SATU MALAYSIA 

TAHU  PERLU ADA

PERGABUNGAN BARU

AMIN

SATU MALAYSIA

TAHU BN AKAN

KALAH KALAU

SEMUA BERSATU

AMIN

SATU MALAYSIA

TAHU PENYAKIT 

BESAR LAWAN BN

ADALAH VIRUS

 GINAJAPIM

AMIN

SELAGI VIRUS

GINAJAPIM

TAK DIBUNUH

MUSTAHIL BN 

AKAN KALAH

AMIN

VIRUS RAFIZI

AKAN MENGANCAM

TAPI BOLEH

DIPADAM

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan