Selasa, 19 Julai 2022

BAGUS - INI KERJA BETUL



Pemimpin PKR lapor polis beramai-ramai ke atas Najib kes RM67.5 bilion

PEMIMPIN dan ahli PKR membuat laporan polis di seluruh negara terhadap dakwaan kecuaian Najib Razak berkaitan tuntutan RM67.5 bilion oleh waris Sultan Sulu terhadap aset milik Petronas.

Laporan itu menyebut kecuaian bekas perdana menteri itu dalam menghalang tuntutan mahkamah selepas pentadbirannya menghentikan bayaran ke atas waris kesultanan berkenaan pada 2013.

Ia menggesa siasatan dibuat bagi menentukan kecuaian dilakukan Najib mengikut Akta 574 Kanun Jenayah dan peraturan-peraturan mengikat penjawat awam dalam perkhidmatan.

Laporan itu juga menyebut peruntukan Perkara 132 (Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam) dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 untuk siasatan ke atas Najib.


Menurut laporan itu, Najib sepatutnya “memastikan semua langkah diambil untuk menghalang dan menangani tindakan undang-undang susulan setelah bayaran itu dihentikan.”

Waris kesultanan berkenaan dilaporkan memulakan tindakan saman melalui notis dihantar kepada pejabat Najib beliau pada 2 November 2017 semasa beliau masih menjadi perdana menteri.

Usaha membuat laporan itu itu diketuai Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli di Balai Polis Setiawangsa yang membuat laporan bersama ahli Parlimen kawasan itu Nik Nazmi Nik Ahmad.

Turut hadir bersama mereka bekas ahli Parlimen Port Dickson Danyal Balagopal Abdullah.

Laporan polis sama ke atas Najib dibuat Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil di balai kawasannya.

Fahmi menjangkakan ratusan laporan polis akan dibuat anggota dan pimpinan PKR berkaitan perkara itu hari ini.

“Sukar dijangka (bilangannya) tapi mungkin beratus, kalau tak silap saya saya lihat ada ketua cabang buat laporan polis pada sebelah petang dan sekarang di tempat lain.

“Di Kuala Lumpur sekurang kurangnya mungkin belasan laporan polis dibuat,” kata Fahmi, yang juga ketua cabang PKR Lembah Pantai.

Ketua Angkatan Muda PKR Adam Adli juga turut membuat laporan sama bersama anggota sayap pemuda PKR itu di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

Menurutnya, terdapat beberapa laporan polis lagi yang dibuat di IPD Sentul, Bandar Tun Razak, dan di Shah Alam.

“Dengan usaha digerakkan ini kita harapkan pihak berkuasa dapat buat siasatan pastikan kota tegakkan benda yang betul,” kata Adam.

Usaha itu menyahut saranan Rafizi dalam ucapan di kongres parti itu minggu lepas.

Draf laporan polis tersebut dikongsi beliau di pelantar media sosial Rafizi. – 19 Julai, 2022.

 BAGUS

INI BARU

KERJA POLITIK

YANG BETUL

AMIN

TAK PAYAH

GADUH SAMA

SENDIRI

AMIN

LAWAN MUSUH

KAU KAU

AMIN

LEPAS INI

SUSUN DEMO

TURUN RIBU RIBU

KE JALAN RAYA 

BUKAN HANYA 

BELA BELAS

 KE BALAI POLIS

AMIN

TAK TURUN 

JALAN RAYA

TAK MENANG

PILIHAN RAYA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan