Selasa, 12 Julai 2022

BERI BANTUAN KEPADA YANG PERLU BANTUAN


BERI BANTUAN

PADA YANG

MEMERLUKAN

BANTUAN

AMIN

Unknown commented on 

"YANG BODOH KENA TIPU"

Sajak Mursyid untuk dibacakan pada hari *Sabtu, 9hb Julai 2022.* *Bangsa Subsidi* Bangsa subsidi akan lahir bangsa yang manja. Bangsa subsidi, bangsa yang tidak akan mampu berdikari. Bangsa yang hanya semata-mata bersandar dengan kerajaan akan lahir bangsa yang lemah jiwanya. Kalau di suatu masa tidak ada bantuan lagi, mereka tidak tahu hendak berusaha. Mereka akan menjadi ibarat ayam daging, makanan disediakan, tidak tahu mencari makanan sendiri. 


Yang lebih bahaya bangsa subsidi ini di antaranya ada beberapa perkara: Pertama: Hati kecil mereka akan berkata, "Dengan bantuan ini kalau aku maju, majulah, kalau tidak maju pun bantuan aku sudah perolehi." Kurang tanggungjawab kerana hidup mereka bukan dari titik peluh sendiri. Katanya, kalau tidak maju pun bukan duitnya, dia tidak rugi. Kadang-kadang mereka salahgunakan bantuan itu bukan untuk projek yang dijanji. Jika berlaku di zaman darurat, mereka tidak pandai berusaha sendiri. Akhirnya jadi meminta-minta atau pencuri. Orang yang dimanjakan dengan bantuan itu, di waktu susah dia boleh bekerjasama dengan musuh agama atau negara demi untuk hidup. Orang macam ini dia tidak ada pendirian, siapa boleh memberi untuknya hidup, di situlah kiblatnya atau tuannya. Oleh itu bantuan diberi hendaklah pada tempatnya, tidak boleh sebarang beri. 


Berilah bantuan orang yang benar-benar susah. dan yang benar-benar memerlukan bantuan yang pasti. Berilah bantuan orang yang sudah membuktikan ada usaha sendiri, cuma tidak boleh berkembang kerana kekurangan modal. Kadang-kadang pemimpin bukan tidak faham kepada siapa sebenarnya patut diberi bantuan. Tapi ada tujuan politik, ada udang di sebalik batu, orang itu adalah penyokongnya, sekalipun merugikan agama, negara dan bangsa, bantuan perlu diberi kepada mereka. Kadang-kadang bangsa menjadi ayam daging kerana pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada agama dan bangsa. Ertinya rakyat dan pemimpin sudah sama-sama jiwanya rosak dan bankerap fikirannya. Akibatnya punah satu bangsa dan satu negara dibuatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan