Jumaat, 1 Julai 2022

MAKIN RAMAI TAK PERCAYA DENGAN ANWAR IBRAHIM

 



Lebih banyak persoalan timbul selepas Anwar dakwa tolak sokongan Najib-Zahid

Anwar Ibrahim dilihat bakal berdepan dengan masalah lebih besar dengan penyokong pembangkang selepas dakwaan terbarunya menolak sokongan bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam percubaannya mengambil alih jawatan tertinggi itu dua tahun lalu.

Sumber dalaman memberitahu bahawa Anwar, yang mengetuai Pakatan Harapan (PH), mungkin melakukan kesalahan kerana tidak melaporkan percubaan “rasuah” di mana Najib dan Zahid didakwa bersetuju menyokongnya sebagai tukaran kepada menggugurkan dakwaan jenayah terhadap mereka.

Sumber yang rapat dengan pemimpin kanan PKR itu bagaimanapun menafikan dakwaan Anwar, mengatakan presiden parti itu bercanggah dengan kenyataannya sendiri dengan mengatakan sokongannya tidak mengambil kira syarat-syarat diberikan kepadanya.

“Kenyataan ini sukar dibayangkan. Pertama, jelas Najib dan Zahid mengetuai usaha untuk meningkatkan sokongan terhadap Anwar dengan memaksa ahli-ahli Parlimen Umno untuk menandatangani akuan berkanun (SD) untuk dihantar ke istana.

“Jadi, jika benar Anwar membuat keputusan untuk menolak SD Najib dan Zahid, apakah ahli-ahli Parlimen Umno lain yang memberikan sokongan atas arahan dua pemimpin ini akan terus menyokongnya,” kata sumber yang mengetahui tentang rancangan untuk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin Yassin pada September 2020 kepada MalaysiaNow dengan syarat tidak dinamakan.

Difahamkan juga tidak mungkin ahli-ahli Parlimen yang bersama Najib dan Zahid akan mengekalkan sokongan kepada Anwar “yang diberikan dengan arahan pemimpin parti mereka”.

“Sokongan ahli-ahli Parlimen Umno ini disebabkan pemimpin mereka. Jadi tidak masuk akal langsung semua ahli-ahli Parlimen ini terus menyokong Anwar apabila sokongan pemimpin yang meyakinkan mereka ditolak.”

Najib dan Zahid, yang berdepan dengan tuduhan jenayah dan rasuah melibatkan berbilion ringgit, mengetuai percubaan menjatuhkan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Pada Sepetember 2020, lebih kurang tujuh bulan selepas Muhyiddin mengetuai kerajaan, Anwar mengumumkan mempunyai “sokongan yang kukuh dan meyakinkan” untuk menjadi perdana menteri.

Selepas itu Anwar diberikan peluang untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan sokongannya.

Bagaimanapun pertemuan mengadap itu berakhir dengan istana menyelar pemimpin PKR itu kerana gagal untuk mempersembahkan butiran sokongan terhadapnya.

Awal minggu ini, Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan Zahid bukan sahaja menyokong Anwar akan tetapi presiden Umno itu turut meyakinkan ahli-ahli Parlimen lain untuk menyokong pemimpin PKR itu.

Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai reaksi terhadap pendedahan Tajuddin mengatakan ia merupakan bukti Anwar tidak berbohong apabila mengatakan mempunyai sokongan untuk menjadi perdana menteri.

Disebabkan ini, seorang pemimpin Bersatu mencabar Anwar untuk mendedahkan apa yang dijanjikannya kepada Zahid dan pemimpin Umno lain yang berdepan dengan pertuduhan jenayah sebagai tukar ganti kepada sokongan mereka.

Anwar hari ini mendakwa beliau mempunyai sokongan 120 ahli Parlimen, akan tetapi tidak termasuk Najib dan Zahid disebabkan syarat diberikan mereka.

Anwar juga berkata beliau tidak bersedia untuk menunaikan permintaan Najib dan Zahid untuk menggugurkan dakwaan terhadap mereka.

“Jadi, walaupun jumlah sokongan mencukupi dan laluan sebagai perdana menteri sudah cukup kuat, saya tidak bersedia untuk berkompromi dalam soal kebebasan badan kehakiman,” kata Anwar seperti dilaporkan Malaysiakini.

Sumber PKR berkata jika benar tawaran itu berlaku, ia seharusnya dilaporkan kepada polis.

“Ini sama seperti tidak melaporkan jenayah besar ditawarkan kepada pemimpin pembangkang yang mensasarkan jawatan tertinggi itu.

“Mengejutkan apabila beliau mendiamkan diri dan menghebahkan mempunyai sokongan kukuh,” kata seorang rakan pemimpin PKR itu yang tidak lagi aktif dalam politik.

TIDAK PELIK

TAMBAH BENAR

KAH KAH KAH

MAKIN 

TERBONGGENG

LEBONG ANWAR

KAH KAH KAH

SANA KATA LAIN

SINI KATA LAIN

KAH KAH KAH

PADA TIAN CHUA

KATA LAIN

PADA SAIFUDIN

KATA LAIN

PADA S HUSIN

TIPU TERUS

KAH KAH KAH

AKHIRNYA

KANTOI TERBUKA

SECARA RESMI

ANWAR KAUTIM

DENGAN NAJIB

KAH KAH KAH

LU NAK CAKAP

APA LAGI

KAH KAH KAH

GUA UDAH BILANG

LAMA DULU

ANWAR KAKI

PUTAR

KAH KAH KAH

LU MASIH TAK CAYA

LU GI TANYA NURUL

TANYA WAN AZIZAH

JANGAN TANYA

S HUSIN DIA

LURUS BEDUL

MANGSA TIPU

ANWAR IBRAHIM

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan