Ahad, 10 Julai 2022

MARI KETAWA SEKARANG


Tutup premis, pihak kelab komedi terkejut

PENGASAS bersama kelab komedi Crackhouse Comedy Club (CH), Rizal Van Geysel menyifatkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)menutup premisnya adalah mengejutkan.

Katanya tindakan DBKL itu menunjukkan pihak berkuasa itu tidak memahami konsep komedi berdiri.

“Kami betul-betul terkejut apabila kami digantung. DBKL tak maklumkan kami secara rasmi lagi. Kami tahu melalui portal berita.

“Sekarang DBKL nampknya tunduk kepada tekanan mereka yang tidak memahami gente komedi berdiri dan putuskan untuk gantung sementara operas kami,” kata Rizal kepada The Malaysian Insight.

Menurut Rizal dalam sesi mikrofon terbuka itu bakat-bakat baharu diberi peluang untuk naik ke pentas dengan garis panduan yang jelas.

“Di situ muka-muka baharu yang berminat untuk mencuba komedi berdiri diberikan tiga minit untuk buat persembahan. Kami sudah beritahu mereka dengan jelas tak boleh hina kerabat diraja dan agama.

 “Selepas apa yang wanita itu buat kurang seminit kemudian dia turun pentas, kami segera halang dia bukan sahaja dari pentas malah dari kelab kami juga sebab apa yang dia buat bukan komedi berdiri!,” katanya.

Katanya pihak kelab kecewa kreativiti mereka dalam kebebasan telah disekat sebelum siasatan rasmi.

“Sudah tentu kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk tangani situasi ini tapi kami juga kecewa proses belum mula tapi kebebasan dah disekat.

“CH akan beri kerjasama tapi kami nafikan sekeras-kerasnya sebarang salah laku dalam perkara ini,” katanya yang masih tidak pasti tempoh penggantungan itu.

Kelab yang terletak di Taman Tun Dr Ismail itu diarahkan tutup oleh DBKL selepas kejadian tular seorang wanita menanggal pakaian menutup auratnya ketika membuat persembahan.

Menerusi klip video berdurasi 54 saat itu wanita berkenaan mengakui statusnya sebagai orang Melayu dan beragama Islam selain menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum membuka tudung dan baju kurung yang dipakainya hingga hanya meninggalkan skirt pendek paras paha dan baju terbuka.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Jalaluddin Alias berkata tindakan itu sebagai mesej jelas bahawa pihaknya dan DBKL tidak akan sama sekali bertoleransi dengan apa jua aktiviti yang melanggar mana-mana sensitiviti melibatkan agama, bangsa dan kedaulatan negara. – 10 Julai, 2022. 


MARI KETAWA

SEKARANG

KAH KAH KAH

GUA UDAH

BILANG BANYAK

KALI

KAH KAH KAH

AMRI KETAWA

SEKARANG

SEBELUM KETAWA

DI HARAMKAN

KAH KAH KAH

SEBELUM KETAWA

PERLU PERMIT

KAH KAH KAH

NANTI NAK

KETAWA WAJIB

ADA KELULUSAN

PDRM

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

5 ulasan:

  1. betul .. lawak berdiri tak lucu.. berita kelab lucah.. eh silap lucu kena tutup mmg lucu sungguh.. kah kah kah

    BalasPadam
  2. Ko nak ketawa, bnyak lg ko boleh buat... geletek ketiak ke.. gi mampos ko la... Tp yg ko hina ilmu quran dgn life style ko tu da kenapa... Hidup nie agak² la...

    BalasPadam
  3. Otak Arab jahiliah masih berkuasa, bukan agama disalah tetapi ramai nak jadi penjaga konon diri nampak baik suci murni, ramai guna agama tipu manusia lain tak apa pulak, kah kah kah buat komedi terus masuk kah kah xurik billion tak apa masih cium tangan ✋ kah kah kah

    BalasPadam
  4. Orang ketawa londeh baju patut dipanggil doktor bukan pejabat ugama. Jelas jiwanya tertekan perlu dibantu. Mmg lawak la tanah melayu ni.

    BalasPadam
  5. Elok lah tutup dulu lah supaya kamu boleh buat garis panduan baru dan present kat DBKL bahawa dengan guideline baru ni dengan syarat2 yg telah diperketatkan maka tidak akan berlaku lagi insiden sebegitu.. jangan lah melenting lantung tak tentu pasal. Kamu harus bertanggung-jawab juga dan menyesal kerana platform open mic kamu ini telah menyumbang kepada penghinaan macam ni. Jangan pikir keuntungan semata².

    BalasPadam