Baki komitmen hutang 1MDB RM32.08 bilion setakat akhir Jun - Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Jumlah baki komitmen hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah RM32.08 bilion setakat 30 Jun 2022 dengan andaian kadar tukaran wang asing US$1 bersamaan dengan RM4.50, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, bagi tempoh April 2017 hingga Mei 2022, kerajaan telah menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan sebanyak RM10.85 bilion melalui Kementerian Kewangan (MOF) dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) untuk bayaran komitmen dan faedah hutang 1MDB berikutan masalah kewangan dihadapi 1MDB sebelum ini.
"Selain daripada bantuan kewangan langsung kerajaan, faedah hutang 1MDB juga dibiayai dengan menggunakan dana pemulihan aset 1MDB yang disimpan dalam satu Akaun Amanah di bawah MOF yang dikenali sebagai Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset," katanya dalam jawapan bertulis di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Kalau najip dan rosmah hendak di sula ianya mesti lah dilakukan oleh abam dasai.
BalasPadamKenapa tak tanya azmin..more power..dsai 70an..tusukan tak sampai...kalau la boleh
Padam