Forum mahu ubah naratif politik Melayu pemalas, bebal
SEKUMPULAN pengkaji dan cendekiawan melancarkan badan pemikir baharu Forum Melayu Kebangsaan (Forum) yang diumumkan bertujuan mengubah naratif politik komuniti itu.
Kenyataan Forum menyebut, perspektif masyarakat yang kini diasak dengan propaganda negatif terhadap orang Melayu harus diperbetulkan.
“(Menjadi Melayu itu) dilihat terkebelakang, lemah, kekal pemalas, bodoh dan bebal yang akhirnya menyebabkan orang Melayu apologetik atau malu pada bangsa sendiri.
“Persepsi berkenaan politik orang Melayu hari ini pula dilihat seolah-olah kita tiada pilihan selain menjadi orang yang korup, dinaungi politik wang dan projek dan tidak kompeten dan cekap dalam menguruskan negara,” kenyataan badan itu dipetik.
Mereka berhasrat memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap sistem politik yang berintegriti, bermaruah dan bersih.
“Kita bertekad untuk menolak sebarang hubungan dan usaha mengekalkan politik korup, tidak beramanah, tidak cekap, yang akan memperjudikan nasib dan masa depan bangsa Melayu.”
Jawatankuasa penaja itu menyebut usaha menangani kelemahan kepemimpinan negara di kalangan orang Melayu itu kunci utama bagi menyelesaikan isu dihadapi negara.
“Hanya orang Melayu yang mampu merubah dan menentukan masa depan yang lebih baik untuk orang Melayu,” kata mereka.
Forum melantik bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai penaung yang berperanan sebagai pemandu dan penasihat badan tersebut.
Pengerusi Pejuang itu juga tampil menyampaikan ucaptama di persidangan meja bulat badan itu yang bermula pagi ini di Seri Kembangan.
Profesor sejarah sosial dan intelektual di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) Ahmad Murad Merican pula dilantik sebagai jurucakap Forum.
Badan berkenaan berusaha menghimpunkan cendekiawan dan intelektual rakyat dari pelbagai disiplin dan gender untuk menjalankan wacana bagi melaksanakan perubahan sosial dan politik ini.
Dalam persidangan pagi ini, lapan kertas kerja dibentangkan meliputi subjek politik, ekonomi, sosiologi, pendidikan, media dan kepemimpinan.
Ia antara lain menampilkan pengkaji Dr. Mohammad Danial Azman dan Amir Jumaat, Dr Mohd Roslan Rosnon dan Prof Mansor Mohd Noor.
Turut membentang Dr Anuar Ahmad, Prof Ahamed Kameel Mydin Meera, Dr Hamidin Abd Hamid dan Marzuki Yahya. – 28 Julai, 2022
Kaum Melayu dah tak boleh buat apa ..pusing cam mano pon cam tu jugak ..sobab kito molayu kaum yg paling ketuanan ..kito ado sopuloh bukan satu ..den ulang sopuloh Rajo ..ampong tuang ku ..
BalasPadamWoitt, TT lu memang baghal lah. Kalu lah Pengerusi Penaung maseh Atok Saka kumpulan ini 2x5 jadinya dgn Klu Klux Klan Malaysia dulu PERKASA. KKK dah tukar jadi PUTRA kerana Tok Him minat nak jadi MP bikin duit. Sumbangan KKK semasa Atok Saka jadi Pengerusi Penaung yalah buat buat video seks China guna pelakon perut boroi Siam sbg propaganda tambahan kpd Liwat utk block Anwar di2013 PRU13. Kerja jahat Atok Saka bukan sahaja frameup Liwat tetapi Seks jugak. Memang copy paste Manual CIA/FBI utk sekat lawan politik.
BalasPadamNaina Merican ini melayu asal ker, saja tanya tanya jangan mara ya kah kah nak sekolah anak jadi baik, senang saja, jadi baik dulu, anak akan jadi baik, kalau bapak pun penyamun pakai tarbus anak nak jadi apa ? Kah kah komedi
BalasPadam