Selasa, 5 Julai 2022

SAMPAH DIBERSIHKAN DARI PASIR SALAK


Umno lebih utama daripada Tajuddin, kata pengundi Pasir Salak

TIADA lagi jalan mudah untuk Tajuddin Abdul Rahman bertanding semula di Pasir Salak tanpa dukungan Umno dan Barisan Nasional (BN), kata pengundi di kawasan itu.

Selepas dipecat daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno baru-baru ini, Tajudddin berkata sedia bertanding sebagai calon bebas di Pasir Salak, kawasan yang pernah diwakilinya tiga penggal sebagai ahli Parlimen dan sepenggal sebagai wakil rakyat negeri.

Pengundi di kawasan itu bagaimanapun merasakan sokongan kepada Tajuddin akan menurun setelah beliau menyerang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi selepas pemecatannya.

Pengundi Kamaruzzaman Kamaruddin, 58, berpandangan selepas episod pemecatannya sebagai ahli MKT Umno dan serangan terbuka kepada Zahid, pengundi Pasir Salak berbelah bahagi antara bakti Tajuddin dan kesetiaan kepada Umno.

“Di kawasan Parlimen Pasir Salak diikutkan orang mengenangkan parti, tetapi kalau orang memenangkan bakti dan saguhati daripada Tajuddin, dia boleh menang.

“Pada pendapat saya di Kampung Gajah bolehlah dia sepenggal lagi,” katanya, merujuk kerusi negeri yang pernah dimenangi Tajuddin pada pilihan raya umum (PRU) 2004.

Kamaruzzaman merasakan Tajuddin mungkin tidak dicalonkan semula kerana dilihat bertembung dengan Zahid yang akan menentukan calon bagi Umno dan BN.

“Kalaulah dia bertanding Bebas sekalipun berkemungkinan besar dia menang tak banyak, kalau kalah pun tak banyak,” katanya.

Tajuddin bukan orang asing dalam politik di Pasir Salak, kawasan bersejarah tempat residen Inggeris pertama di Perak, JWW Birch dibunuh pada November 1875.

Selepas sepenggal jadi wakil rakyat negeri, Tajuddin dicalonkan bertanding kerusi Parlimen Pasir Salak dan menang pada PRU 2008. Beliau dua kali mengekalkan kemenangannya, termasuk pada PRU14 ketika BN hilang kuasa di Putrajaya.

Dalam sejarah panjang karier politiknya, Tajuddin pernah dilantik sebagai timbalan menteri pertanian dan industri asas tani pada 2013 hingga 2018, selain menjadi pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd, anak syarikat kerajaan pada 2020 hingga 2021.

Beliau baru-baru ini dinamakan sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia tetapi belum menerima watikah daripada Yang di-Pertuan Agong.

Selepas dipecat dari MKT Umno, Tajuddin mendedahkan tindakan Zahid cuba menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri biarpun pada masa itu parti membuat ketetapan tidak bekerjasama dengan PKR.

Tajuddin menggesa Zahid letak jawatan secara terhormat.

Sebagai ahli Umno, Kamaruzzaman kesal dua pemimpin itu bertelagah ketika parti sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum, yang perlu diadakan dalam masa setahun.

Bagaimanapun beliau berharap parti tidak mengenakan tindakan keras terhadap Tajuddin.

“Antara parti dengan bakti (Tajuddin) orang mesti fikir parti. Saya orang Umno saya risau. Saya minta presiden dengan Tajuddin buat masa ini berbaiklah,” katanya.

Namun bagi Kamaruzzaman, pilihannya mudah, dia lebih rela memilih parti berbanding susuk tubuh Tajuddin sendiri sekiranya wakil rakyatnya itu memilih platform lain selain Umno dan BN. Baginya pemimpin akan silih berganti namun parti akan kekal di satu-satu kawasan.

Antara calon yang disebutnya mampu menggantikan tempat Tajuddin adalah timbalan ketua bahagian Umno Pasir Salak Khairul Azwan Harun.

“Kalau saya tetap pilih Umno, walau saya pengikut dia saya tetap pilih Umno. Kita orang Umno, kita nakkan parti.

“Jangan dia masuk PAS, kalau dia masuk PAS habis sebab di Pasir Salak, PAS tak berapa nak kukuh. Mereka sampai bila bertanding sini pun tak pernah menang,” katanya.

Seorang lagi pengundi, Azizi Ahmad Darmawi, 51, juga mahukan wakil rakyat muka baharu yang lebih segar dan bertenaga berbanding watak sama sejak puluhan tahun.

“(Di Pasir Salak) bukan faktor dia (Tajuddin), di sini pengundi suka sebab dia ada duit itu saja. Yang dia cakap itu betul pasal Zahid tapi kenapa masa dulu tak cakap,” kata usahawan itu.

Jelas Azizi, pilihan akhir adalah pada pengundi Pasir Salak, sama ada mahu mengekalkan Tajuddin atau memilih wakil rakyat lain.

“Orang macam itu sama saja, 10 tahun di Parlimen pun sama saja, lagi pun prestasi menurun.

“Kita tengok nanti pengundi bijak atau tidak, kalau orang sini hendakkan wakil rakyat macam itu menanglah dia. Kalau wakilnya orang yang bijak, muda, kuat menanglah,” kata Azizi.

Azizi tidak menolak pergeseran dengan Zahid sedikit sebanyak mencalarkan imej Tajuddin.

“Prestasi dia menurunlah sebab dia lawan presiden. Kalau dulu sokongan memang lebih kepada parti. Calon BN ini orang tak terkenal pun menang di sini.

“Tapi dalam BN sekarang ramai tepuk tangan, yang menunggu tempat dia bukan seorang, dua nak ganti tempat dia,” tambahnya.

Azizi juga tidak menolak Khairul Azwan antara yang sesuai menggantikan Tajuddin.

“Lawan presiden takkan presiden seronok. Kalau lawan presiden maknanya nama sudah tentu tidak ada (sebagai calon).

“Bagi Azwan, itu dalam senarai menunggu, dia tepuk tangan,” katanya.

Namun bagi nelayan Mohd Khairul Azuan, 36, sekiranya Tajuddin bertanding sekali lagi, beliau tetap akan memilihnya.

Katanya, Zahid silap apabila mengambil tindakan terhadap Tajuddin.

“Saya masih memilih dia lagi, berpihak kepada dia lagi. Dia banyak membantu penduduk kampung di sini. Saya sebagai nelayan dia banyak bantu, termasuk waktu Covid-19. Kita akan kekalkan Tajuddin di sini.

“Saya rasa macam tak kena sebab apa nak pecat Tajuddin (daripada MKT)... dia banyak membantu penduduk kampung, nelayan, petani, orang yang kurang mampu. Kenapa ambil tindakan macam itu,” katanya.

Khairul juga sedia bersama Tajuddin walaupun sekiranya beliau memilih platform parti Islam.

“PAS pun okay juga bagi saya, parti Islam.., kalau dia masih di jalan yang betul kita masih ikuti dia,” katanya. – 5 Julai, 2022.

HIDUP ZAHID

BERJAYA ZAHID

HAPUSKAN

SAMPAH DARI

PASIR SALAK

AMIN

JANGAN HINA

JOKOWI

JANGAN HINA

JAKARTA

AMIN

JANGAN HANTAR

SAMPAH BANGKAI

KE  JAKARTA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan