Isnin, 4 Julai 2022

SAPA JAGA KDN AKAN JAGA ROS

Adakah RoS alat politik, soal Puad

DAKAH Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dijadikan alat politik supaya pindaan perlembagaan Umno ditangguhkan, soal Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata sehingga kini RoS masih belum meluluskan pindaan yang antara lain membenarkan pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU) diadakan.

Usul untuk menangguhkan pemilihan Umno dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung Khas Umno pada 15 Mei lalu. 

“Apakah RoS alat politik yang hanya memusuhi Umno kerana menterinya dari Bersatu? RoS pernah keluar surat mendakwa MKT Umno berstatus ‘caretaker’ sahaja.

“Kalau permohonan Umno untuk menangguh pemilihan parti dalam tempoh enam bulan selepas PRU tidak ikut perlembagaan, kenapa permohonan MCA dan Gerakan boleh lulus?” soalnya di Facebook hari ini.

Puad merujuk kepada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dari Bersatu. RoS diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Sabtu lalu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden parti berkata RoS mempunyai masa sehingga 60 yang akan berakhir pada 16 Julai ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu.

Umno katanya Umno sebarang maklum balas daripada RoS sejak notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan pada 17 Mei.

Umno menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan MKT selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 tamat 30 Jun tahun lalu.

Tempoh 18 bulan itu akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan Umno perlu diadakan sebelum 30 Disember. – 4 Julai, 2022.     

HAMZAH JAGA

KDN

AMIN

KDN JAGA ROS

JENG JENG JENG

KHALAS

KERUSI

TIMBALAN PM

MASIH KOSONG

JENG JENG JENG

MUSTAHIL LU

TAK NAMPAK

KAH KAH KAH

SABRI AKAN

SELAMAT BILA

PEMILIHAN PARTI

ADA SEKARANG

JENG JENG JENG

PEMILIHAN DULU

SEBELUM PRU15

JENG JENG JENG

HAMZAH SEBELAH

SAPA?

INI MAKNA SOALAN

DRI PUAD ZAKARSI

JENG JENG JENG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan