Jumaat, 15 Julai 2022

SOKONG TUNTUTAN INI



Kerajaan, AGC perlu beri pencerahan mengenai tuntutan waris Sulu – Khaled

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan Pejabat Peguam Negara (AGC) perlu memberikan pencerahan berhubung tuntutan waris kesultanan Sulu bagi mengelak kekeliruan banyak pihak.

Perkara itu ditegaskan Naib Presiden UMNO,  Mohamed Khaled Nordin apabila melihat terdapat perspektif dan versi yang berbeza-beza dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, ada yang mendapat maklumat bersandarkan akta dan ada yang sekadar merujuk kepada kompilasi laporan akhbar dan kenyataan-kenyataan pemimpin sebelum ini.

“Kesemua ini sudah tentulah mengelirukan rakyat. Kita tidak tahu versi manakah yang harus dipegang. Paling penting, versi mana satukah yang benar dan terpakai.

“Dalam hal ini saya percaya bahawa masyarakat awam berhak untuk mengetahui perkara sebenar dengan telus tanpa berbaur politik dan tanpa diolah mengikut kepentingan pihak-pihak tertentu.

“Tidak ada cara lain yang lebih absah dan sahih melainkan kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan.

“Pihak kerajaan, Pejabat Peguam Negara khususnya, mesti tampil memberikan penjelasan rasmi yang lengkap, telus dan tulus berhubung perkara ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Mohamed Khaled berkata, selain itu, alternatif yang boleh dipertimbangkan adalah penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Katanya, RCI adalah forum paling neutral dan terbuka dalam meneliti serta mencari kebenaran dalam isu-isu berkepentingan nasional.

Tambah beliau, Malaysia sudah mempunyai pengalaman menggunakan RCI dalam banyak isu nasional misalnya, RCI pada tahun 2012 berkenaan isu pendatang haram di Sabah, RCI tahun 2018 berkaitan penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis serta RCI tahun 2022 berkenaan pengurusan dan operasi Tabung Haji.

Jelasnya, biar apa pun instrumen dan pendekatan yang dipilih oleh kerajaan akhirnya, matlamat dan fokus utama adalah memberikan maklumat dan pencerahan yang lengkap dan selayaknya kepada masyarakat awam.

“Kegagalan berbuat demikian pasti akan menyemarakkan perbalahan dalam kalangan banyak pihak, terutamanya mereka yang tidak akan berhenti mengeluarkan versi dan dakwaan masing-masing berhubung perkara ini.

“Lebih penting, seperti yang pernah kita alami dan saksikan sebelumnya, isu ini berpotensi menjadi ancaman keselamatan yang serius.

“Justeru, adalah kritikal untuk kerajaan melihat semua ini dalam konteks yang besar, berani dan profesional. Bersuaralah dan berilah pencerahan demi negara,” katanya

SOKONG

SOKONG

SEMUA SOKONG

AMIN

RAKYAT NAK

TAHU MAKLUMAT 

SAHIH BENAR 

BUKAN PUTAR

AMIN

JANGAN JADIKAN

RAKYAT CENDAWAN

SIMPAN DALAM

GELAP DAN BERI

MAKAN BAJA

TAHIK LEMBU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan