Selasa, 16 Ogos 2022

BADAN DAH. KENA TANGKAP


Skandal LCS, bekas panglima TLDM didakwa pecah amanah RM21 juta

BEKAS panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ahmad Ramli Mohd Nor didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai RM21 juta, berkaitan skandal kapal tempur pesisir (LCS) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Tertuduh yang juga bekas pengarah urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Pendakwaan dilakukan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Tertuduh berusia 78 tahun yang dilantik sebagai panglima TLDM pada 1996 itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

“Saya mengaku tidak bersalah,” katanya selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Pendakwa mencadangkan ikat jamin RM500,000 dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Hakim membenarkan ikat jamin itu dengan seorang penjamin dan mengarahkan pasport diserahkan kepada mahkamah. – 16 Ogos, 2022.

WOIT

INI BADAN

KENA TANGKAP

KAH KAH KAH

LEPAS INI

EKOR

KAH KAH KAH

BILA NAK

TANGKAP KEPALA

AMIN

BADAN DAN EKOR

MESTI ADA

KEPALA

KAH KAH KAH

KEPALA PASTI

MENTERI

KAH KAH KAH

MUSTAHIL KEPALA

TAK TAHU APA 

BADAN BUAT

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan