Biden salur bantuan senjata terbesar ke Ukraine
PENTADBIRAN Presiden Joe Biden mengumumkan Amerika Syarikat (AS) akan menyediakan bantuan keselamatan tambahan bernilai AS$1 bilion kepada Ukraine, pakej senjata terbesar sejak konflik Russia-Ukraine tercetus.
Menurut kenyataan Jabatan Pertahanan, pakej itu – pembekalan kali ke-18 mengikut arahan presiden sejak Ogos 2021, termasuk bekalan senjata tambahan untuk Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS), 75,000 butir peluru artileri 155 mm, 20 sistem mortar 120 mm dan 20,000 butir peluru mortar 120 mm, serta bekalan senjata untuk Sistem Peluru Berpandu Permukaan Ke Udara Termaju Kebangsaan (NASAMS), lapor Xinhua.
Washington juga akan menghantar 1,000 Javelin, ratusan sistem anti-perisai AT4, 50 kenderaan rawatan perubatan berperisai, bahan letupan, peluru pemusnah dan peralatan pemusnah ke Kyiv, menurut kenyataan itu.
Bekalan senjata baharu diumumkan itu menjadikan jumlah komitmen bantuan keselamatan AS kepada Ukraine bernilai AS$9.8 bilion sejak Biden memegang jawatan sebagai presiden, menurut Pentagon. – Bernama, 9 Ogos, 2022.
Sham tak baca berita ke? 70% senjata yang di"bekal" tak sampai Ukraine. Semua pi pasar gelap. Senarai itu untuk pembeli kat pasar gelap. Senang nanti anak bidin nak runding harga.
BalasPadam