Rabu, 3 Ogos 2022

BUKAN SENANG NAK BUKTI



Pendakwah Zamri Vinoth didakwa ancam bunuh wanita

PENDAKWAH kontroversi Zamri Vinoth Kalimuthu didakwa di Mahkamah Majistret Kangar, Perlis hari ini atas pertuduhan mencederakan dan mengugut untuk membunuh seorang wanita.

Bagi pertuduhan pertama, pendakwah berusia 38 tahun itu didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang wanita berusia 38 tahun di sebuah rumah di Taman Melati Indah, Padang Besar pada 5 petang 14 Julai lalu.

Dia berdepan hukuman penjara maksimum setahun dan denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Zamri didakwa mengugut untuk membunuh wanita yang sama berusia 38 tahun di tempat dan tarikh yang sama. Dia berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menetapkan 23 Ogos untuk sebutan dan penyerahan dokumen.

Awal tahun ini, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Zamri untuk membatalkan saman yang difailkan terhadapnya dan kerajaan berhubung dakwaan kegagalannya bertindak terhadap kenyataannya yang didakwa menghina kaum dan agama lain.

Pada 28 April tahun lepas, A Radhakrishnan dan C Arunkumar, kedua-duanya ahli Pertubuhan Hindhu Dharma Malaysia dan Majlis Belia Hindu Malaysia, menyaman kerajaan, polis dan Zamri, mendakwa pihak berkuasa gagal menjalankan tugas mereka untuk menjaga keamanan dengan enggan untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Zamri.

Mereka berkata Zamri telah menyiarkan sembilan video di akaun media sosialnya yang menyentuh sensitiviti penganut Hindu di negara ini. Mereka mendakwa polis tidak menjalankan siasatan menyeluruh terhadap laporan mereka.

Mereka juga menuntut Zamri memohon maaf kepada penganut Hindu di negara ini dan membayar ganti rugi RM1 juta kepada dua kumpulan masyarakat sivil itu. – 2 Ogos, 2022.

KAH KAH KAH

BUKAN SENANG

NAK BUKTIKAN

KUAT IMAN

KAH KAH KAH

MUALAF 

ADALAH LEBIH

ALIM DARI

TOK IMAM

MASJID NABI

KAH KAH KAH

MAKLUMLAH

BARU DAPT

CAHAYA

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan