Azalina sahkan masih penasihat khas PM
AHLI Parlimen Pengerang Azalina Othman Said menafikan laporan mendakwa beliau sudah berundur daripada menjadi penasihat kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
“Saya ingin mengesahkan bahawa setakat 31 Ogos 2022, saya masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia.
“Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-65,” tulisnya di Facebook.
Semalam, akhbar Sinar Harian melaporkan dengan memetik sumber yang Azalina sudah meletak jawatan.
Beliau dilantik sebagai penasihat khas undang-undang dan hak asasi manusia kepada perdana menteri pada Oktober tahun lepas.
Sebelum ini, Azalina dikecam politikus dan badan pemantau pilihan raya, Bersih, selepas kenyataan dikeluarkan pada taklimat khas Umno yang diadakan susulan pemenjaraan Najib Razak yang siapa sahaja yang menjadi perdana menteri akan melantik orang mereka sebagai peguam negara.
Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham (DAP), Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin dan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata kenyataan Azalina itu bercanggah dengan desakannya sebelum ini yang mahukan pembaharuan dilakukan ke atas Jabatan Peguam Negara.
Pengerusi Bersih Thomas Fann turut mengulangi desakan perlunya pihak pendakwaan awam yang bebas daripada pengaruh cabang eksekutif kerajaan. – 31 Ogos, 2022.
Kah kah kah kah. Berdiri ke cangkung ke takde beza. Dia punya hancing bole dungu jap org dok sebelah dia. Kah kah kah kah.
BalasPadamApalah TT! Orang lain koncing diri atau cangkung kesah dia la. Kau sibuk buat apa? Kau nak koncing diri-cangkung-diri-cangkung, bagi teman "golden shower", itu pasal kau sendiri. Tiap orang ada freedom to koncing.
BalasPadam