Sabtu, 27 Ogos 2022

HARI HARI AKHIR SAEKOR ROSMAH



Selepas Najib, keputusan penghakiman Rosmah pula tular


KUALA LUMPUR – Sebelum ini dokumen penghakiman terhadap kes  Najib membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd. tular di media sosial sebelum keputusan rasmi dibacakan di Mahkamah Persekutuan pada Selasa.

Hari ini kejadian yang sama berulang, dokumen yang didakwa kertas keputusan penghakiman berkaitan kes rasuah  Rosmah Mansor membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion tular di media sosial.

Dokumen terdiri daripada tiga muka surat kertas keputusan kes berkenaan mula disebarkan portal Malaysia Today hari ini.

Keputusan kes berkenaan sepatutnya dibacakan di Mahkamah Tinggi pada 1 September ini.

Menurut pengendali portal tersebut, Raja Petra Kamaruddin, keputusan bersalah Rosmah telah pun ditulis dalam keputusan penghakiman itu.

“Anda boleh melihat ringkasan tiga muka surat penghakiman bertulis 74 halaman di bawah. Bagaimanapun, penghakiman bertulis tidak ditulis oleh hakim bicara. Ia ditulis bagi pihak hakim bicara oleh seseorang atau orang yang tidak dikenali. Tugas hakim hanya menyampaikan keputusan minggu depan,” kata Raja Petra Kamaruddin.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada tiga helai dokumen yang dikongsi beliau dalam portal itu tulen atau sebaliknya.

Sehingga berita ini ditulis, masih belum terdapat sebarang kenyataan daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan berhubung pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin di portal terbabit.

Sebelum ini, pada 23 Ogos lalu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menjelaskan dokumen tular yang didakwa kertas keputusan kehakiman berkaitan kes rayuan Najib adalah draf yang belum dimuktamadkan.

Pihaknya turut mengesahkan dokumen berupa draf kerja penghakiman bocor dan diubah suai.

Penjelasan itu susulan laporan portal Malaysia Today bertajuk Najib Razak’s SRC Appeal: THE JUDGEMENT yang disiarkan pada hari sama keputusan Najib dibacakan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada sebelah petang.

“Pejabat ini mendapati penghakiman disiarkan portal itu adalah suatu draf kerja bagi penghakiman dalam tiga rayuan berhubung kes Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak v PP yang bocor kepada pihak media.

“Pejabat ini mengesahkan draf kerja penghakiman yang bocor itu adalah draf kerja yang belum dimuktamadkan.

“Penghakiman muktamad hanya disampaikan di mahkamah terbuka pada lebih kurang empat jam pada tarikh sama. Didapati dokumen yang bocor itu sudah diubah suai,” katanya dalam kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan Pemuda UMNO akan membuat laporan polis berhubung penularan satu dokumen yang didakwa keputusan penghakiman Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan terhadap kes Najib.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dasuki berkata, laporan polis tersebut dibuat agar siasatan segera dapat dilakukan terhadap penularan dokumen terbabit.

“Amat memeranjatkan apabila tular satu dokumen yang dikatakan satu kertas keputusan penghakiman Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Kes SRC Najib Razak walaupun prosiding mahkamah masih berjalan,” katanya.

HARI HARI

AKHIR SAEKOR

ROSMAH

KAH KAH KAH

TAK KIRA BILA

KEPUTUSAN 

KELUAR

YANG PENTING

ROSMAH

 MASUK DALAM

KAH KAH KAH

3 ulasan:

  1. Setuju. Well said! Keputusan keluar bila pun bagus. Siapa yang bawa keluar pun bagus. Nsmun Itu semua tak penting. Yang paling penting sekelian prnyamun celaka dari umno dan pas mesti disumbat masuk ke dalam jel. Segala duit harta curi wajib dirampas balik semula ke kantung negara milik anak semua bangsa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penyamun celako ph jer suci Noo

      Padam
  2. Isham rais, gwa ada persoalan nih xtahu siapa boleh tolong bg jawapan. Betul ke najib dah kena penjara? Atau kena hukuman penjara tapi dia tak dipenjara pun?

    Big2 criminal atau nama2 besar yang dipenjara selalunya ada je gambar dorang pakaian penjara,gambar dorang dibawa ke sel,gambar dorang makan makanan penjara, atau kurang2 pun mata lebam lah. Kehkeh

    BalasPadam