Najib cekal bukan seperti pemimpin PH mahu kes digugurkan – Asyraf
KUALA LUMPUR – Walaupun sayu, sedih dan dukacita dengan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam namun Najib Razak sudah melalui proses keadilan dengan penuh cekal dan berhemah.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata, walaupun menghadapi pelbagai tekanan hebat sejak awal proses pendakwaan, Najib tidak pernah berganjak.
Malah bertegas berkali-kali mahu membersihkan namanya mahkamah tanpa sekalipun meminta untuk kesnya dibuang atau digugurkan.
Najib hanya konsisten meminta agar mendapat peluang dibicarakan secara adil (fair trial), kata Asyraf Wajdi Dasuki.
Sifat Najib itu jauh sekali untuk dibandingkan dengan pengalaman 22 bulan ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah yang menyaksikan sejumlah besar kes-kes pemimpin mereka begitu mudah digugurkan oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.
Tegasnya, rakyat tidak akan pernah lupa bagaimana sistem keadilan dirobek dan diperkotak-katik melalui amalan pendakwaan politik terpilih dan campur tangan jelas dalam sistem kehakiman seperti pengguguran kes rasuah banglo Lim Guan Eng, jenayah fitnah Rafizi Ramli terhadap Tabung Haji, penglibatan ADUN DAP yang terlibat dalam pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), kes penipuan dan hasutan pemimpin PH yang telah didakwa.
Menurut Asyraf, semuanya digugurkan walaupun mahkamah sudah mula bersidang.
Namun di sudut hatinya, Asyraf tetap rasa terkilan kerana ruang untuk mantan Perdana Menteri itu mempertahankan dirinya terutama usaha untuk mengemukakan bukti-bukti baharu dan penangguhan bagi membolehkan pasukan pembelanya yang baharu membuat persiapan telah dinafikan.
Kepada keluarga Najib, beliau berpesan supaya mereka bertabah, bersabar dengan dugaan yang menimpa hari ini.
”Kita mungkin kalah dan merasakan keadilan tidak memihak kepada kita hari ini namun percayalah ada mahkamah yang lebih besar di hadapan Allah nanti.
”Apa yang penting perjuangan mesti diteruskan sebagaimana amanat terakhir Najib kepada kita semua demi kemaslahatan rakyat dan tanah air yang tercinta,” ujarnya.
agaknya bik mama pun stress dengan perangai2 penyokong2 dia org... lg nak mintak anak najib teruskan pejuangan... hahahhahaaa semua diminta beratur salam anak najib.. cium tangan jangam lupa, kantong tak habis lagi... hantar lagi cencaru cencaru... duit juta juta bilion bilion tu nak wat ape... takat batu nisan 4 bijik berape sen la sangat, banyak lg baki tu... tujuh keturunan tak abis...
BalasPadamMat Asyraf Wajdi ni banyak sangat jilat burit gamaknya sampai jadi bodoh sebegini....dia cakap konon Najib tak pernah meminta kes beliau digugurkan....
BalasPadamSedangkan tindakan pertama Mat Kit tu lakukan ialah memohon supaya kes SRC digugurkan..... Nak mengampu pun agak2 la....