Selasa, 2 Ogos 2022

KES DI TINGGAL BURIT ?



Warga Myanmar bunuh budak sebelum bunuh diri, kata polis

SEORANG lelaki Myanmar dipercayai mencampak tiga budak dari Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Kepong awal pagi tadi, sebelum dia sendiri terjun bunuh diri, kata polis.

Lelaki itu dan dua kanak-kanak meninggal dunia di tempat kejadian sementara seorang lagi cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Selayang, kata Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai. 

Menurut Beh berdasarkan kenyataan saksi, lelaki berusia 38 tahun terbabit dilihat berjalan sambil mengendong seorang kanak-kanak, manakala dua lagi kanak-kanak dipegang di tangan kanan dan kirinya.

“Saksi cuba menghampiri lelaki berkenaan namun secara tiba-tiba lelaki itu terus mencampakkan kanak-kanak yang dikendong dan dipimpinnya dari jejambat MRR2, lelaki berkenaan juga bertindak terjun,” katanya satu dalam kenyataan.

Beh berkata semua mangsa ditemui di tepi jalan raya berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya.

“Lelaki dan dua orang kanak-kanak Myanmar berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang kanak-kanak yang parah dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan memandangkan keadaan mangsa yang sangat kritikal.

“Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman di perut dan juga keretakan pada rusuk kirinya,” katanya.

Menurutnya, semua mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur. – 2 Ogos, 2022.


APAKAH INI

KES KECEWA

PATAH HATI

DI TINGGAL BURIT

AMIN

AL FATIHAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan