Khamis, 25 Ogos 2022

KESAH SEORANG BANDUAN

 

DARI ARKIB
SELASA 2 APRIL 2019

BERITA INI KELUAR
DALAM BLOG TUKAR TIUB
PADA SELASA 2 APRIL 2019
DENGAN HARAPAN
TUNGGU DAN NANTI

PADA SELASA 24 OGOS 2022
SEPERTI YANG DIRAMALKAN
SEMUANYA TERJADI
AMIN


ESOK BERMULA

KESAH SAORANG

BANDUAN

Mon, Apr 1, 7:00 PM (18 hours ago)
to me

Wahai Pembacha Pembacha Tukar Tiub Yang Budiman

Sebagai remaja di zaman 1970an wajib mustahil tak pernah dengar lagu (Dato') Dahlan Zainuddin, Kesah Seorang Biduan. Jalan cherita amat mudah..si penyanyi dirundong malang ditinggalkan kekasehnya....berhijrahlah ia ke bandar...sehingga berjaya menjadi seorang biduan... 


KESAH SAORANG BIDUAN
Dari sebuah desa
Berbekal gitar tua
Datang ke ibukota
Dengan penoh harapan
Menjadi seorang biduan
Menjadi seorang biduan

Oh biduan pujaan
Pujaan tua muda
Kau ditaburi chahaya
Dan sinar kekaguman
Dah riuhnya  tepokkan
Dan riuhnya tepokkan

CHORUS

Meskipun kau tersenyum
Namun orang pun tahu
Apa isi hati mu
Tatkala kau lagukan
Lagu mu lagu sedeh
Perjalanan hidup mu
Ditinggal kekaseh mu
Ditinggal kekaseh mu

Beberapa bulan lepas saya terserempak dengan Dahlan Zainuddin  dalam You Tube menyanyi di jalanan dengan artist busker Bob...kudrat dah kurang atas sebab umor dan kesehatan tapi showmanship maseh hebat.Dato' Dahlan dah nak jangkau Eight Series.Didoakan agar Dato'Dahlan sekeluarga bahagia, sehat dan diperluaskan rezeki.Terima kaseh kerana menchuri hati kami.

Berhijrah dari Biduan yang menchuri hati kita....Apa kata kita ubah lagu Kesah Se Orang Biduan ......ke.....KESAH SE ORANG BANDUAN.....kak kah kah


KESAH SAORANG BANDUAN

Dari kerabat ternama
Berbekal nama orang tua
Menjadi memanda ke enam
Negara pun jahanam
dikalahkan Pakatan Harapan
Menjadi se orang Banduan
Menjadi se orang Banduan

Sunggohpun kau tersenyum
Namun orang pun tahu
Apa isi hati mu
Tatkala kau buat tak tahu.....

Sama sama lah kita ikuti Kesah Se Orang Banduan...Tayangan Bekas Perdana bermula  3hb April 2009.

PS Kalau Saudara Hishamuddin Rais tak berapa kenal Dahlan Zainuddin...barang tentu sebab dia sedang berhijrah menyelamatkan diiri semasa bintang Dahlan Zainuddin memanchar dengan terang 1975 ke 1980an.Pun begitu semasa dia (Isham)  di India dia turut menjadi Banduan...bukan Biduan.   kah kah kah


TUNGGU & NANTI





Tiada ulasan:

Catat Ulasan