Skandal LCS, Najib perlu henti kelirukan rakyat - Mat Sabu
RAMAI terpengaruh dengan naratif mantan perdana menteri Najib Razak yang projek kapal tempur pesisir (LCS) terbengkalai kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) menangguhkan projek tersebut pada September 2019.
Najib juga mengatakan projek LCS hanya dapat diteruskan semula pada April 2022 kerana berlakunya pandemik Covid-19 pada 2020 dan 2021.
Kedua-dua kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali dan hanya bertujuan untuk mengelirukan rakyat.
Garis masa projek LCS
Garis masa (timeline) di bawah akan membuktikan kerajaan PH bukan punca projek LCS lambat.
Status kemajuan projek LCS sepatutnya mencapai:
* 49.12% pada Januari 2016 tetapi hanya siap 39.67%;
* 59.35% pada Januari 2017 tetapi hanya siap 46.99%;
* 70.53% pada Januari 2018 tetapi hanya siap 50.15%;
* 82.41% pada Januari 2020 tetapi hanya siap 56.39% dengan variance sebanyak -26.02%
* Sampai hari ini (2022), detailed design (reka bentuk terperinci) belum siap.
Pembinaan kapal tempur pesisir LCS melibatkan fasa concept design, diikuti basic design, dan akhirnya detailed design.
Menurut persetujuan di antara Naval Group Perancis dan kontraktor Boustead Naval Group (BNS), detailed design perlu diluluskan oleh Naval Group selaku design authority sebelum pembinaan kapal.
Fasa concept design bermula pada 4 Jun 2012 dan sepatutnya dimuktamadkan pada 28 Januari 2013. Namun, ia hanya dimuktamadkan pada 24 September 2013 (kelewatan 238 hari atau 8 bulan).
Basic design mula pada 3 Oktober 2013 dan sepatutnya dimuktamadkan pada 31 Januari 2015 tetapi hanya disiapkan sepenuhnya pada 20 Januari 2016 (kelewatan 17 bulan 20 hari).
Menurut kontrak asal, fasa detailed design sepatutnya dilaksanakan dari 6 Ogos 2014 hingga 29 November 2016. Namun, fasa ini berterusan sehingga hari ini dan masih belum selesai.
Peranan Naval Group dan Bureau Veritas
Bagi tujuan kawalan mutu, reka bentuk LCS yang dihasilkan oleh syarikat BNS tertakluk kepada kelulusan oleh Naval Group sebagai design authority, diikuti pemeriksaan dan pengesahan oleh Bureau Veritas, sebuah badan bebas antarabangsa yang memastikan reka bentuk kapal perang menepati syarat, seperti yang ditetapkan dalam kontrak.
Dalam prosiding pada 1 Disember 2020, Ambrin Buang memaklumkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa:
“...what is glaring is pada keadaan biasa, sepatutnya kita sudah finalized the design before you sign the contract. You cannot sign the contract when you do not know what is the design. Itu menjadi masalah sehinggakan berpusing-pusing isu ini.” (Laporan PAC, muka surat 15).
Wakil JKSTUPKK, Guna Arulalan David juga memaklumkan PAC yang BNS gagal membayar hutang sebanyak RM198 juta kepada Naval Group.
Pada 27 September 2021, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Muez Abdul Aziz memaklumkan PAC yang detailed design pada masa itu siap lebih kurang 80%.
Beliau juga berkata selepas BNS menyiapkan detailed design ini, Naval Group memerlukan minima 12 bulan daripada tarikh pembayaran dibuat untuk menyiapkan pengesahan sebagai design authority (Laporan PAC, muka surat 153-4).
Apabila Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein membuat pengumuman pada April 2022 bahawa projek LCS dihidupkan semula, apa yang sebenarnya berlaku adalah BNS diberi tempoh 6 bulan untuk mencari dana mobilisasi (mobilisation funds) untuk memulihkan projek.
Dana ini akan digunakan untuk bayar Naval Group dan original equipment manufacturers (OEM) yang lain.
Memandangkan detailed design yang sepatutnya dimuktamadkan pada November 2016 hanya siap lebih kurang 80% dan Naval Group belum lagi dibayar, maka pengumuman Hishammuddin di Dewan Negara semalam yang LCS kapal pertama “akan siap dalam satu atau dua tahun” langsung tidak realistik.
Proses reka bentuk adalah paling penting dalam pembinaan LCS.
Tanpa reka bentuk lengkap yang diluluskan oleh kedua-dua Naval Group dan Bureau Veritas, projek LCS tidak dapat diteruskan dan sebarang status siap kerja yang lain adalah tidak bermakna.
Usaha kerajaan PH
Menteri pertahanan kerajaan PH, Mohamad Sabu mengangkat sumpah pada 21 Mei 2018.
Dalam tempoh kurang dari dua minggu, iaitu pada 30 Mei 2018, Mohamad mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama beliau sertai.
Kerajaan PH cuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan projek LCS.
Ambrin Buang, pengerusi JKSTUPPK, membentangkan laporan siasatan LCS kepada Kementerian Pertahanan pada 20 Ogos 2019. Pegawai kementerian, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia, dan pihak kontraktor juga berusaha mencari jalan penyelesaian.
Ambrin Buang, mantan menteri Mohamad, timbalan beliau Liew Chin Tong, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang, Panglima Tentera Laut Laksamana Reza Sany, dan pegawai kanan kementerian memberi taklimat kepada mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada 11 Februari 2020.
Sesi ini dihadiri Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali, yang juga merupakan mantan ketua setiausaha Kementerian Pertahanan.
Dalam mesyuarat tersebut, mantan perdana menteri memutuskan;
* Mereka yang membuat salah laku mesti dibawa ke muka pengadilan;
* Pasukan pengurusan BNS dirombak;
* Projek LCS dianggap sebagai projek sakit dan akan menerima suntikan dana untuk ganti balik dana yang disonglap.
Kementerian Pertahanan diarahkan untuk membentang kertas Jemaah Menteri dalam masa terdekat. Malangnya, apa yang dirancang tidak berlaku berikutan Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan PH.
Kesimpulan
Projek LCS mengalami kelewatan sejak 2016. Reka bentuk terperinci (detailed design) yang sepatutnya siap pada November 2016 belum lagi dimuktamadkan sehingga hari ini.
Kerajaan PH membuat keputusan mengenai hala tuju projek ini pada Februari 2020 berpandukan cadangan JKSTUPKK namun kerajaan jatuh pada bulan tersebut juga.
Jelasnya, Najib sedang cuba mengelirukan rakyat dan salahkan kerajaan PH padahal beliau dan Ahmad Zahid Hamidi yang bertanggungjawab atas kegagalan projek LCS kerana meluluskan projek ini tanpa rundingan teliti dengan pakar terdahulu. – 9 Ogos, 2022.
* Mohamad Sabu, mantan menteri pertahanan dan Liew Chin Tong, mantan timbalan menteri pertahanan
Bangmat lu punya kawan semua dia kata betol kah 43x
BalasPadam22bulan bukan 22hari 1 siasatan pon tak masuk polis or sprm kem pertahanan..
Masa belum menang scorpene la...kapal la..heli la...macam2...
Jadi menhan 22bulan yillekkkkkkk.
Tup2 setpol mat sabu yg masuk sprm..kah 54x
Sampai komen gua pon lu takot nak siar... keee lu pon ada bahagian lu... kah 76x