Zahid ajak ahli Umno bersolidariti dengan Najib
PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi menyeru ahli parti dan orang ramai menyokong bekas perdana menteri Najib Razak yang kini di peringkat akhir rayuan berkait kes seleweng dana SRC International Sdn Bhd.
Melalui Facebook, Zahid berkata sambil menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang menolak permohonan Najib untuk kemuka bukti baharu dan untuk tangguh bicara, beliau masih boleh tunjuk sokongan terhadap rakan separtinya itu.
“Sebagai rakyat, ahli dan pemimpin parti keputusan tersebut tidak menghalang kami untuk terus bersama perjuangan beliau dalam parti dan kes yang sedang dibicarakan.
“Memang keadilan itu suatu perjalanan yang panjang. Malah terdapat ungkapan bahawa there are three types of truth. Your truth, my truth and the truth. Truth Is God’s Word.
“Marilah kita terus bersatu hati, bersolidariti bersama Najib Razak. Jangan putus asa. Terus tabah dan terus berjuanglah bersama kita,” katanya.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata Najib telah banyak menyumbang kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Beliau ialah raja media sosial dan berjaya membantu memulihkan Umno lebih cepat hingga mereka yang pernah menjauhi dan memperlekeh Umno sebelum ini dilihat bukan sahaja mahu mendekati malah mahu menguasai Umno pula sekarang.”
Najib disabitkan bersalah atas semua tujuh pertuduhan jenayah kerana menyeleweng dana RM42 juta daripada SRC International pada 28 Julai 2020.
Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu yang kini Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib.
Rayuannya di Mahkamah Persekutuan bermula pada Isnin dengan permohonan untuk kemuka bukti baharu ditolak panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.
Usaha pasukan peguam Najib untuk tangguh perbicaraan juga ditolak.
Kiamat sudah dekat bila rakyat memilih utk bersama pemimpin penyamun..
BalasPadamBahalol bangsa meleis nak sangat kiamat makin dekat.
Mail blurberry bab kuasa dia x blur. Tang tu depa sume cerdik
BalasPadam