Saya terkejut dan kecewa dengan keputusan mahkamah – Najib
PUTRAJAYA – Najib kecewa dan terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya memasukan bukti berkaitan hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Kata bekas Perdana Menteri itu, permohonan beliau untuk memasukan bukti tentang kedudukan Mohd Nazlan dalam Kumpulan Maybank sebelum ini sememangnya mempunyai konflik kepentingan cukup besar.
“Saya terkejut. Saya kecewa dengan keputusan Mahkamah yang tidak membenarkan saya memasukan bukti baharu yang saya sesungguhnya percaya hakim Mohd Nazlan mempunyai konflik kepentingan yang tinggi.
“Beliau pastinya mempunyai pengetahuan peribadi yang dalam tentang semua transaksi berkaitan dana 1MDB dan juga SRC selain penyiasatan berkaitan penglibatan beliau dalam Maybank oleh SPRM,” katanya kepada pemberita di lobi mahkamah, hari ini.
Najib berkata demikian selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk memasukan bukti tambahan berkaitan Mohd Naz lanmenerusi rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.
Mohd Nazlan adalah hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun serta didenda RM210 juta pada 28 Julai 2020.
Mahkamah turut menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding akhir rayuannya antara tiga hingga empat bulan bagi membolehkan barisan peguam baharu yang dilantik itu bersedia dengan hujahan lebih baik.
Dalam pada itu, Najib masih bersemangat untuk terus melawan semua dakwaan itu walaupun semua permohonan beliau ditolak.
“Saya berakhir pada akhir prosiding rayuan saya kelak, kebenaran itu akan terbukti juga,” ujarnya.
Cubaan najib nak tarik mahkamah turun pada level iQ nya tak menjadi nampakny... Ko dah tak releven la najib... Blah la lu...
BalasPadamRakyat lebih terkejut najib tak masok2 dalam penjara,
BalasPadamNajib ko jgn buat badan kehakiman mcm ko buat ahli kabinet tonggong ko dulu laaa..
Aku hamba rakyaat lagi terkejut...rupa-rupanya PM yang dilantik (oleh mahataik) sebenarnya seorang "PENYAMUN BERANTAI" Sial 7 keturunan kau najib.
BalasPadam