Isnin, 8 Ogos 2022

PENG ANAL SILAP LAGI



Penganalisis tak yakin PKR mampu rebut undi atas pagar


PENGANALISIS politik tidak yakin dengan jangkaan PKR bahawa pertandingan pelbagai penjuru akan memberi kelebihan kepada parti itu untuk mensasarkan pengundi atas pagar.

Mereka melihat jangkaan oleh Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli itu tidak realistik, antaranya disebabkan prestasi PH semasa menjadi kerajaan.

Penganalisis ini memberitahu The Malaysian Insight, sikap sokongan pengundi atas pagar ini juga masih belum jelas – bukan sahaja kepada PKR bahkan terhadap mana-mana blok parti sekalipun.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata Rafizi hanya menggunakan teori itu untuk menggembleng usaha meraih sokongan segmen pengundi tersebut bagi kemenangan PKR.

Sedangkan, dalam pilihan raya itu, sokongan segmen pengundi tersebut dilihat tidak beralih kepada PKR biarpun Pakatan Harapan bekerjasama dengan parti Muda.

Hisomuddin mengaitkannya dengan sikap pengundi itu sendiri yang belum matang untuk menunjukkan trend besar dalam pilihan raya.

“Apa yang saya sifatkan pengundi segmen itu masih tidak matang dalam pola pengundian mereka dan sebahagian besar tidak berminat untuk partipasi dalam sebahagian peratusan besar dalam PRN Johor.

“Itu sebagai sampel contoh kami kerana tidak ada mana-mana lagi pilihan raya yang sukat kecenderungan pengundi muda kecuali di Johor,” katanya.

Beliau berkata dalam laporan Ilham mendapati pengundi muda yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar tidak terasing daripada majoriti kelompok lain.

“Maksudnya kalau pola majoriti sebegitu, agak mustahil pengundi muda yang duduk dalam masyarakat sama berfikir lain dari pola komuniti majoriti,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pengundi muda juga mungkin tidak yakin dengan blok pembangkang atau hilang minat menyebabkan sebahagian mereka tidak keluar mengundi.

“Kalau keluar mengundi pun akan beri undi rosak, itu segmen disasarkan Rafizi. Saya nampak itu ruang pada semua mengharapkan segmen baru beri keuntungan kepada blok parti masing-masing.

“Jadi mana-mana parti sukar  untuk tarik pengundi baharu di mana-mana blok buat masa ini,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi bahawa PKR tidak gentar berdepan pertandingan pelbagai penjuru dalam PRU15 dan kini menumpukan untuk mendapatkan sokongan pengundi atas pagar.

Dalam wawancara eksklusif dengan The Malaysian Insight bekas ahli Parlimen Pandan itu berkata PKR mampu mendapat sokongan kumpulan itu dan berpeluang cerah untuk merampas Putrajaya.

Rafizi merujuk data badan kajian Invoke bagi Jun yang menunjukkan terdapat 62% pengundi atas pagar dan PKR hanya perlu mempengaruhi 30% untuk meraih majoriti.

Namun menurut Hisomuddin pula, selain kumpulan pengundi ini, terdapat dua lagi segmen yang belum menunjukkan sokongan jelas kepada PKR – pengundi Melayu dan bukan Melayu.

Katanya, sokongan bukan Melayu terhadap PKR dilihat terhakis apabila parti itu membuat keputusan bertanding menggunakan logo sendiri semasa PRN Johor, katanya.

Beliau berkata tindakan itu menyebabkan pengundi bukan Melayu kecewa melihat ketidaksepakatan dan menyifatkan ia tidak matang.

Selain itu, kegagalan PKR mempertahankan sokongan undi Melayu yang diterima melalui kepada PH semasa PRU14 juga bakal mengganggu peluang kemenangannya.

“Menerusi dapatan kita dapat undi Melayu hilang sekitar 13%  ke 15% dalam dua PRN dan undi tersebut beralih kepada PN,” katanya.

Seorang lagi penganalisis Mazlan Ali berkata biarpun dakwaan PKR mengenai kemampuan menarik undi atas pagar berasas, beliau tidak yakin ia mencapai jumlah sehingga 30%.

Penganalisis Universiti Teknologi Malaysia itu berkata, soal berjaya atau tidak sebenarnya bergantung kepada tawaran pemimpin PKR itu kepada pengundi atas pagar atau pengundi baharu.

“Jadi atas faktor apa kalau Rafizi kata beliau boleh ambil undi atas pagar? Apa tawaran beliau kepada golongan ini?

“Tapi persoalannya berapa peratus sokongan itu, satu persoalan yang susah saya nak jawab kerana sentimen pengundi atau hala tuju pengundi atas pagar ini masih belum terbukti.

“Masa PRN Johor ini pun kita tak nampak dengan tepat sokongan tepat pengundi atas pagar ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Mazlan menjangka ia turut meliputi bekas penyokong PH yang kini mengambil pendirian tidak menyatakan sokongan mereka.

“Saya jangka mereka ini dulu pengundi PH, jadi mereka ini sekarang pengundi atas pagar. Jadi kenyataan Rafizi itu berasaslah maksudnya beliau mengejar undi atas pagar.

“Cuma kita nampak ia cukup getir dan sukar “ katanya yang berpandangan pertandingan pelbagai penjuru memberi kelebihan kepada BN.

Umno untung

Beliau berkata pertembungan tersebut menyebabkan undi PH berpecah di mana sebahagian undi PH akan beralih kepada PN.

“Itu yang berlaku masa PRN Melaka dan Johor, sudah terbukti. Jadi perpecahan ini memberi manfaat kepada Umno atas sebab mereka ada undi sokongan tradisi yang besar,” katanya.

Penganalisis Universiti Sains Malaysia Ismail Tayeb turut senada dan berpendapat perpecahan undi kerana banyak parti Melayu bertanding dalam PRU15 akan menyumbang kepada senario itu.

“Dan saya tengok banyak pengundi atas pagar orang Melayu waktu PRU14 sudah kembali kepada Umno.

“Sokongan pengundi bukan Melayu kepada PH dan PKR juga tidak sekukuh dulu,” katanya.

Beliau berpendapat undi terhadap PH semakin merosot kerana perbalahan dalaman antara parti.

“PH juga sekarang ini dilihat lebih mementingkan kuasa daripada kepentingan rakyat,” katanya.

Oleh itu beliau berkata PH perlu membuat perubahan untuk memangkin semula semangat atas pagar dan juga pengundi bukan Melayu yang menyokong mereka dahulu.

Bagaimanapun beliau berkata perkara itu mungkin agak terlambat buat PH jika PRU15 diadakan pada tahun ini. – 8 Ogos, 2022.

PENG ANAL

SILAP BESAR

KAH KAH KAH

TAK PERNAH

TINGGAL

DI WISMA YAKIN

KAH KAH KAH

ITU PASAL

PENG ANAL

TIDAK KENAL

TIDAK YAKIN

SIAPA RAFIZI

KAH KAH KAH

RAFIZI ADALAH

SCUD MISSSILE

DARI PKR

KAH KAH KAH

RAFIZI ADALAH

RAMBO

TERMINATOR

AMIN

SEORNG DIRI

DENGAN KEMAH

KONTOT AKAN

MEMBABI BUTA

MENGALAHKAN

ANWAR OPPS...

SILAP ..

MENGALAHKAN

BN , PN & MAT POIN

KAH KAH KAH

AMIN

2 ulasan:

  1. Itu lah lu tak tahu. PRU kali ni PKR tak target undi atas pagar. Dorang target undi bawah pagar. Ini rahsia tahu?

    BalasPadam
  2. Rafizi le hang tuah,dia jugak le hang jebat dlm pkr.kahkahkah budak boy lu la TT,Kome kt MCKK terlebih indoctrinated smpai jadik mcm rafizi kahkahkah mujur gua x masuk MCKK Masa form 1,kalu idak jadik asshole selfish bastard mcm rafizi.

    BalasPadam