Isnin, 15 Ogos 2022

SABRI BERA JADI SABRI BLUR


Prestasi Ismail Sabri sebagai PM hampir tak lulus, kata penganalisis


HAMBAR, kurang daya tarikan politik dan pada dasarnya lemah antara ulasan pemerhati politik terhadap Ismail Sabri Yaakob yang menyambut ulang tahun pertamanya sebagai perdana menteri minggu ini.

Pemerhati berkata masalah beliau bermula tiga bulan selepas menyandang jawatan perdana menteri apabila negara berdepan krisis banjir besar.

Cara Ismail Sabri menangani bencana itu, yang mendedahkan koordinasi lemah antara agensi kerajaan, mencetus jurang besar dalam persepsi pengundi.

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 membuka lembaran baharu lipatan sejarah Malaysia, apabila Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya selepas Barisan Nasional (BN) memerintah selama enam dekad.

Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri selepas kemenangan PH dalam PRU14 tetapi hanya bertahan 22 bulan apabila Muhyiddin Yassin mengambil alih selepas Langkah Sheraton.

Pemerintahannya juga tidak bertahan lama kerana selepas 17 bulan dipenuhi pelbagai masalah, Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno, secara rasmi mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ke-9 pada 21 Ogos tahun lalu.

Merumuskan pencapaiannya sepanjang tahun lalu, Tan Seng Keat, pengurus kanan Merdeka Center for Opinion Research memberitahu The Malaysian Insight “tempoh berbulan madu” beliau tamat selepas hanya tiga bulan ketika negara menghadapi krisis banjir besar menjelang akhir tahun.

Beliau mendakwa Ismail Sabri mula kehilangan auranya sejak itu.

“Sejak itu, reputasi Ismail Sabri mula merosot.

“Kemudian berlaku inflasi pada awal tahun ini diikuti dengan ‘kekurangan ayam’ pada bulan Jun yang menyebabkan lebih ramai pengundi tidak berpuas hati dengan prestasinya dan berasakan mereka menjalani kehidupan yang amat sukar di bawah kepimpinannya,” kata Tan.

Beliau berkata itu hasil dapatan pusat itu menerusi tinjauan terhadap pengundi yang dijalankan sebelum ini.

Tan berkata beliau menganggap ahli Parlimen Bera itu sebagai perdana menteri yang lemah.

“Ismail Sabri dianggap sebagai perdana menteri yang lemah dan perlu mengekalkan keseimbangan antara ketiga-tiga gabungan politik.

“Bagaimanapun beliau masih memegang kuasa politik semasa tempoh epidemik. Satu tahun yang mantap.”

Ismail Sabri menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama parti pembangkang dan nilai tambahnya adalah kejayaan Rang Undang-Undang (RUU) antilompat parti yang diluluskan selepas konsensus dengan pembangkang.

Tan bagaimanapun percaya, RUU antilompat parti mungkin tidak diingati oleh pengundi walaupun ia satu peristiwa penting bagi perkembangan politik demokrasi di Malaysia.

“Walaupun undang-undang itu mungkin tidak sempurna, sekurang-kurangnya dalam jangka masa pendek ia akan membendung apa yang dipanggil ‘budaya katak’ yang mana ahli politik melompat dari satu parti ke parti lain untuk menyelamatkan karier mereka.

“Jadi, prestasi perdana menteri sejak setahun lalu bergantung kepada sudut mana anda melihatnya.

“Mungkin ada beranggapan perdana menteri lemah kerana perlu mencapai kata sepakat dengan parti pembangkang, yang menjurus kepada RUU antilompat parti dan beberapa siri reformasi lain,” katanya.

Ismail Sabri, 62, adalah perdana menteri ketiga dilantik sejak PRU 2018. Beliau juga pemimpin pertama dalam sejarah negara yang dilantik sebagai perdana menteri dari kalangan bukan pengerusi parti politik. – 15 Ogos, 2022.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

PENG  ANAL

TUKAR NAMA

SABRI BERA 

KE 

SABRI BLUUR

KAH KAH KAH

PENG ANAL MAKIN

CEKAP 

KAH KAH KAH

ANAL MAKIN BESAR

DAPAT KENAL SABRI

KAH KAH KAH

WOIT 

DULU KITA ADA

PAK LAH ZZZZZ

SEKARNG KITA

ADA BLURRRR

DENGAN BAJU 

BRUBERRY

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan