Majoriti setuju PRU15 segera, kata ketua bahagian Umno
MAJORITI ketua bahagian Umno setuju agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat, kata pemimpin yang hadir ke mesyuarat bersama presiden parti hari ini.
Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos berkata ia hasil mesyuarat tergempar bermula jam 11 pagi yang membincangkan mengenai pandangan dan pendapat mengenai PRU15.
“Keputusan kami dapat tadi, sebulat suara semua ketua Umno bahagian yang hadir, kami mahukan PRU dilakukan dengan kadar paling segera.
Keputusan ini akan disampaikan kepada perdana menteri oleh setiausaha agung parti,” katanya kepada petugas media di ibu pejabat Umno, Kuala Lumpur.
Menurutnya seramai 158 ketua bahagian dan pemimpin Umno hadir ke mesyuarat itu kecuali dua naib presiden, Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri Yaakob yang juga perdana menteri.
Tambahnya, mereka antara lain dipanggil untuk melihat kesiapsiagaan jentera pilihan raya dan keperluan semua ketua bahagian.
Ia bagi menghadapi PRU yang diadakan bila-bila masa, katanya lagi.
Ketika ditanya, beliau berkata tiada desakan dibuat untuk membubarkan Parlimen dan menafikan mesyuarat berkenaan berbincang mengenai rayuan kes melibatkan bekas presidennya Najib Razak.
The Malaysian Insight difahamkan mesyuarat berkenaan akan diteruskan pada 5.30 petang ini dengan kehadiran Ismail Sabri dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. – 22 Ogos, 2022.
TT.. den arini ghaso loya muak marah sakit ati mcm nak mampui tgk puak² umngok ni. Siap buleh meeting tegompar.. meeting tedosak nak nyelamatkan Ajibon dan nyelamatkan tongkuk jahid midi. Nak pakso jugak pilihan ghayo.. apo ke jonih bangang jahanam punyo manusio la. Nak nyelamatkan tongkuk 2 manusio, kono buek pilihan ghayo.. osah babi lahanat eh. Den bonci sungguh dgn umngok ni dah.. meluat loyo tahap maksimum. Duit berbilion dah ngap, sonang² nak lopeh diri.. jahanam negharo kito TT..
BalasPadam