Harga roti Gardenia naik mulai 1 September
PENGELUAR roti Gardenia akan menaikkan harga produknya buat kali kedua dalam tempoh kurang setahun bermula 1 September ini.
Menurut Gardenia dalam satu kenyataan yang dikongsi di akaun media sosialnya, syarikat itu terpaksa menaikkan harga rotinya disebabkan kesan inflasi terhadap bahan mentah.
Kali terakhir pembuat roti popular itu menaikkan harga produknya adalah pada Disember 2021.
“Mulai 1 September, Gardenia Original Classic 400g berharga RM3 (naik 20 sen), Original Classic Jumbo 600g RM4.30 (naik 30 sen), dan Breakthru Wholewheat 400g RM4 (naik 40 sen).”
“Roti gulung krim — vanila, gula mentega dan karamel masin — akan naik 10 sen kepada RM1.10 setiap satu manakala roti Toast ‘Em akan menyaksikan kenaikan 50 sen kepada RM5.50,” menurut syarikat itu.
Menurut Gardenia, kenaikan caj pengangkutan sejak dua tahun lalu mempengaruhi kenaikan harga keseluruhan.
“Ini adalah pilihan terakhir kami selepas mencuba yang terbaik melalui cara lain untuk mengekalkan kecekapan dan kualiti produk kami.”
“Melihat keadaan itu, kami tidak mempunyai pilihan lain selain menyemak harga produk kami yang terjejas,” menurut syarikat itu dalam jawapan kepada pelanggan di Facebook rasminya. – 28 Ogos, 2022.
Curi curi rasuah rasuah Malaysia sudah sampai takat beku, tahap imun sudah lali, tak masuk lagi, cakap apa pun, sudah tak berguna, jadi lali lalai tak nampak dosa tak nampak pahlawan, yang nampak hanya pendekar berduit, pendekar berkroni, sudah menjadi budaya, kah kah betul lah mamak maha baru menyesal merosak melayu dari akar umbi, semua diberi percuma sampai tahap lali lalai, semua nak percuma tanpa usaha, tanpa kerja semua nak free, tak dapat free ambik saja kan kah kah kah padan muka Mahathir anak Kerala woit, sekarang nak salah orang woit ampun tuanku
BalasPadam