Isnin, 22 Ogos 2022

SUMPAH : DARI FAIL SEJARAH



SUMPAH


DARI ARKIB TT


DARI FAIL SEJARAH - 7 OGOS 2017

Ramai kalangan Ulamak amat lantas membidaah itu ini. Namun apabila politikus pemerintah mau pun pembangkang beria-ia nak bersumpah  junjong naskhah Al Quran...sekor pun tak bersuara.
Sudah tentu lah bidaah dan haram sebab masa Nabi Muhammad SAW belum pun ada naskhah Al Quran. Semua di hafal dan ada tertulis pada tulang dan belulang. Hanya semasa Khalifah Saidina Usman cebisan2 ayat Al Quran disatukan..walaupun usaha mengumpul ayat2 di mulakan di zaman Saidina  Abu Bakar dan Umar lagi

Jika kita kembali ke zaman PRU tahun 1969. Memanda Tengku Abdul Rahman tudoh PAS ambik duit Cina Singapura dan bantu calon2 DAP. PAS dikatakan bertanding di kawasan majoriti Cina untuk pecah undi Melayu.Ini memberi keuntongan pada DAP yang melawan Perikatan yang diwakili MCA.

Dato'' Asri Hj Muda,Pemangku Presiden PAS pula tudoh UMNO dan Perikatan terima duit CIA.

Orang yang paling galak mengesyorkan Tengku Abdul Rahman dan Dato' Asri angkat Al Quran dan bersumpah adalah TPM Tun Razak....Jadi tidak heranlah anaknya Memanda Najib amat gungho dengan bersumpah pasal ketidakterlibatan dalam kes Altantuya dan dll.

Terdapat suara rasional orang ugama masa itu... Tuan Haji Mohamad Salleh bin Hassan Farid,Pemangku Imam Masjid Negara tanggal 6hb Mei 1969  memberi peringatan bahawa;

"Sumpah menggunakan Al Quran tidak sah kerana ia tiada dalam ajaran Islam.Sumpah yang ada dalam ugama Islam adalah dengan menyebut nama Tuhan....kalimah  Wallahi Wabillahi Watallahi""

Bila keadaan reda antara Tengku Abdul Rahman dan Dato Asri...Tun Razak akan hidupkan api perbalahan...Maka serentak 1230 tengah hari pada 9hb Mei 1969 Tengku Abdul Rahman bersumpah di Masjid Zahir  Alor Star didepan wakil  Pas ..Abu Bakar Umar.

Dato Asri bersumpah di Masjid Muhammadi Kota Bharu di hadapan wakil UMNO Ku Li.

PRU pula sehari kemudian.Mungkin kerana sumpah mungkin takdir..nasib tak menyebelahi Tengku Abdul Rahman.Selangor nyaris  tumbang.Rusohan 13Mei.Hilang jawatan PM.Mangkat di luar UMNO.

Nasib Asri lebih baik.Tahun 1974 jadi Menteri Pusat tapi ditendang keluar  1977.Kemudian disisih oleh PAS.Tubuh parti kecil dan lebeh memeranjatkan mati dalam UMNO.

Jadi waspadalah tuan2.Jangan sewenang wenangnya ashek nak junjong Al Quran bersumpah,. Nanti makan diri.Ramai pemain2 utama Sumpah Laknat dimakan sumpah.

Wallah uq Alam Bissawab.

TULISAN DARI PEMBACA TUKAR TIUB

-----------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan